Antarabangsa
Taliban kalahkan AS dalam usaha pengurangan ladang ‘dadah’ Afghanistan
Dalam setahun, Taliban dilaporkan berjaya mencapai apa yang gagal dilakukan kempen ‘perang melawan dadah’ Amerika Syarikat (AS) selama lima dekad iaitu menghapuskan sebahagian besar pengeluaran candu Afghanistan.
- Dalam setahun, Taliban dilaporkan berjaya mencapai apa yang gagal dilakukan kempen ‘perang melawan dadah’ Amerika Syarikat (AS) selama lima dekad iaitu menghapuskan sebahagian besar pengeluaran candu Afghanistan.
- Afghanistan turut dilaporkan menjalankan “usaha membanteras narkotik paling berjaya dalam sejarah manusia”.
- Taliban yang kini menerajui kerajaan Afghanistan telah mengharamkan penanaman popi di seluruh negara itu sejak April 2022, menyaksikan penurunan pengeluaran popi sebanyak 80 peratus pada tahun lalu.
- Penanaman popi kini merosot lebih 99 peratus hanya berbaki sekitar 2,500 ekar di wilayah Helmand yang diduduki tentera British selama 20 tahun dalam kempen perang diketuai AS di Afghanistan.
- Ironinya, Institut Keamanan AS menyalahkan Taliban bulan lalu kerana ‘terlalu berjaya’ mengurangkan pengeluaran candu itu.
Dalam setahun, Taliban dilaporkan berjaya mencapai apa yang gagal dilakukan kempen ‘perang melawan dadah’ Amerika Syarikat (AS) selama lima dekad iaitu menghapuskan sebahagian besar pengeluaran candu Afghanistan.
Afghanistan turut dilaporkan menjalankan “usaha membanteras narkotik paling berjaya dalam sejarah manusia”.
Taliban yang kini menerajui kerajaan Afghanistan telah mengharamkan penanaman popi di seluruh negara itu sejak April 2022, menyaksikan penurunan pengeluaran popi sebanyak 80 peratus pada tahun lalu.
Penanaman popi kini merosot lebih 99 peratus hanya berbaki sekitar 2,500 ekar di wilayah Helmand yang diduduki tentera British selama 20 tahun dalam kempen perang diketuai AS di Afghanistan.
The UK Telegraph melaporkan tiada pengurangan bekalan popi sebesar itu pernah dicapai dalam perang Washington terhadap dadah selama 50 tahun, termasuk dalam dua dekad keberadaan AS di Afghanistan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaporkan menyatakan kebimbangan mereka disebabkan penurunan mendadak itu yang diganti dengan penggunaan opium sintetik seperti fentanyl, yang dikatakan lebih berbahaya daripada heroin.
Dengan kawalan AS terhadap Afghanistan pada 2004, Kerajaan Afghanistan yang disokong Washington itu menetapkan matlamat menghapuskan penanaman popi dalam tempoh sepuluh tahun.
Sebaliknya, kehadiran AS menampakkan peningkatan penanaman dan pengeluaran, walaupun pembayar cukai AS dilaporkan membelanjakan $9 bilion untuk menghapuskan industri itu.
Laporan Jabatan Negara AS pada 1991 mendapati operasi rahsia CIA di Afghanistan telah mengubah wilayah itu daripada “zon candu serba lengkap menjadi pembekal utama heroin pasaran dunia”.
Pun begitu media AS dilihat menuding jari kepada kerajaan Afghanistan diterajui Taliban kerana membenarkan pengeluaran candu selepas kumpulan Islam itu berkuasa semula pada Ogos 2021.
Radio Free Europe yang dibiayai AS mendakwa, setakat Mei 2023, penanaman popi Afghanistan melonjak kerana Kerajaan Taliban tidak mahu menguatkuasakan larangan ke atas tanaman itu.
Ironinya, Institut Keamanan AS menyalahkan Taliban bulan lalu kerana ‘terlalu berjaya’ mengurangkan pengeluaran candu itu.
Sumber: RT
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times