Connect with us

Terkini

Syahir tolak berdebat dengan Rafizi, pilih ikut jejak langkah ‘senior’

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mengambil keputusan mengikut jejak Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berhubung pelawaan debat daripada Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Syahir tolak berdebat dengan Rafizi, pilih ikut jejak langkah ‘senior’
Foto: Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.
  • Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mengikut jejak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berhubung pelawaan debat daripada Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
  • Mohd Syahir yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS berkata, beliau sudah menerima emel daripada pejabat Menteri Ekonomi.
  • “Mengenai jemputan debat, saya sudah menerima emel daripada Pejabat Menteri Ekonomi, dan saya juga sudah memberikan jawapan.
  • “Dalam tempoh ini, saya menurut jejak ‘senior’ saya, iaitu YAB Sanusi,” katanya menerusi Facebook.
  • Rafizi mencabar Mohd Syahir berdebat mengenai hal ehwal ekonomi.
  • Cabaran itu diutarakan Rafizi selepas bekas Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak berdebat dengannya.

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mengambil keputusan mengikut jejak Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berhubung pelawaan debat daripada Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Mohd Syahir yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS berkata, beliau sudah menerima emel daripada pejabat Menteri Ekonomi.

“Mengenai jemputan debat, saya sudah menerima emel daripada Pejabat Menteri Ekonomi, dan saya juga sudah memberikan jawapan.

“Dalam tempoh ini, saya menurut jejak ‘senior’ saya, iaitu YAB Sanusi,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, Rafizi mencabar Mohd Syahir untuk berdebat dengannya mengenai hal ehwal ekonomi.

Cabaran itu diutarakan oleh Rafizi selepas bekas Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak berdebat dengannya.

Beliau akan menulis secara rasmi kepada Mohd Syahir dan akan menunggu untuk mendapatkan maklum balas.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *