Terkini
Semua bentuk judi perlu dihapuskan di Malaysia – Mufti Pulau Pinang
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menerima baik gesaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyeru Kerajaan Pusat dan semua Kerajaan Negeri menghapuskan lesen judi sebagaimana dilakukan Kerajaan Negeri Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
- Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menerima baik gesaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyeru Kerajaan Pusat dan semua Kerajaan Negeri menghapuskan lesen judi sebagaimana dilakukan Kerajaan Negeri Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
- Beliau menegaskan larangan berjudi mampu menyumbang ke arah kesejahteraan hidup seluruh warganegara.
- “Sebagai seorang mufti yang bertanggungjawab dalam menjelaskan hukum Syariat kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang, tentunya saya bersetuju sebarang permainan judi perlu dihapuskan di seluruh negara kita.
- “Agama Islam dengan tegas mengharamkan judi dalam apa jua bentuknya sekalipun sepertimana dinyatakan di dalam al-Qur’an, surah al-Maidah, ayat 90: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Rabu.
- “Saya difahamkan bahawa judi juga dilarang di dalam Bible iaitu kitab Suci Kristian dan mungkin ia dilarang juga di dalam agama-agama lain,” katanya.
Kuala Lumpur – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menerima baik gesaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyeru Kerajaan Pusat dan semua Kerajaan Negeri menghapuskan lesen judi sebagaimana dilakukan Kerajaan Negeri Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Wan Salim berkata usaha melahirkan masyarakat Malaysia yang sejahtera adalah salah satu tonggak negara MADANI di bawah gagasan Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan larangan berjudi mampu menyumbang ke arah kesejahteraan hidup seluruh warganegara.
“Sebagai seorang mufti yang bertanggungjawab dalam menjelaskan hukum syariat kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang tentunya saya bersetuju sebarang permainan judi perlu dihapuskan di seluruh negara kita.
“Agama Islam dengan tegas mengharamkan judi dalam apa jua bentuknya sekalipun sepertimana dinyatakan di dalam al-Qur’an, surah al-Maidah, ayat 90: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata antara punca judi diharamkan adalah ia menggalakkan seseorang itu bergantung kepada nasib tanpa melakukan sebarang usaha dan kerja untuk menjana pendapatan.
Dalam erti kata lain, seseorang itu tidak perlu memerah keringat bekerja untuk mencari rezeki, sebaliknya hanya mengharapkan nasib menang kalah ketika berjudi.
Katanya, judi juga menyebabkan berlakunya perasaan saling benci-membenci dan permusuhan di antara manusia.
“Kita sering mendengar kisah pasangan suami isteri bercerai dan anak pinak menderita disebabkan judi, malah ramai yang muflis dan menjadi miskin kerana judi!
“Saya difahamkan bahawa judi juga dilarang di dalam Bible iaitu kitab Suci Kristian dan mungkin ia dilarang juga di dalam agama-agama lain,” katanya. — The Merdeka Times