Teknologi
Saintis cipta robot boleh ‘bernafas dan berpeluh’ kaji cuaca ekstrem
Sekumpulan penyelidik di Arizona mencipta satu robot humanoid yang boleh ‘bernafas, menggigil dan berpeluh’ sebagai langkah untuk melindungi manusia daripada kesan cuaca ekstrem.
- Sekumpulan penyelidik di Arizona mencipta satu robot humanoid yang boleh ‘bernafas, menggigil dan berpeluh’ sebagai langkah melindungi manusia daripada kesan cuaca ekstrem.
- Sebahagian kawasan di seluruh Amerika Syarikat (AS) ketika ini dilanda cuaca panas melampau dengan suhu di Phoenix mencecah lebih 40 darjah Celsius dalam tempoh 22 hari berturut-turut.
- Bagi manusia, suhu setinggi itu boleh memberi ancaman bahaya sehingga membawa kematian dan menerusi robot diberi nama ANDI, para saintis boleh memahami bagaimana tubuh manusia bertindak balas dengan iklim yang melampau.
- Menurut ketua penyelidik, Konrad Rykaczewski, ANDI merupakan robot manusia pertama yang boleh mengukur berapa banyak haba diterima daripada persekitaran.
- “Dari situ, kita boleh memahami bagaimana tubuh manusia berfungsi dalam keadaan cuaca yang ekstrem, sekali gus mencari jalan penyelesaian atau perlindungan terbaik,” katanya.
PHOENIX: Sekumpulan penyelidik di Arizona mencipta satu robot humanoid yang boleh ‘bernafas, menggigil dan berpeluh’ sebagai langkah untuk melindungi manusia daripada kesan cuaca ekstrem.
Sebahagian kawasan di seluruh Amerika Syarikat (AS) ketika ini dilanda cuaca panas melampau dengan suhu di Phoenix mencecah lebih 40 darjah Celsius dalam tempoh 22 hari berturut-turut.
Bagi manusia, suhu setinggi itu boleh memberi ancaman bahaya sehingga membawa kematian dan menerusi robot yang diberi nama ANDI, para saintis boleh memahami bagaimana tubuh manusia bertindak balas dengan iklim yang melampau.
Menurut ketua penyelidik, Konrad Rykaczewski, ANDI merupakan robot manusia pertama yang boleh mengukur berapa banyak haba diterima daripada persekitaran.
“ANDI merupakan kaedah yang sangat realistik untuk mengukur cara seseorang manusia bertindak balas terhadap iklim melampau.
“Dari situ, kita boleh memahami bagaimana tubuh manusia berfungsi dalam keadaan cuaca yang ekstrem, sekali gus mencari jalan penyelesaian atau perlindungan terbaik,” katanya.
Robot itu juga mempunyai sistem penyejukan dalaman dan ‘liang pori yang membolehkannya berpeluh serta bernafas’.
Para penyelidik di Universiti Arizona berharap robot tersebut boleh membantu mereka memahami lebih lanjut mengenai hipertermia iaitu keadaan yang menyebabkan badan menjadi terlalu panas.
Jelas Rykaczewski, kesan haba terhadap tubuh manusia masih belum difahami banyak pihak dan ANDI memberi peluang kepada para saintis untuk memahami keadaan itu.
Sumber: Utusan Malaysia