Antarabangsa
Remaja Thailand hilang tangan, cuba alih bom keluar dari sekolah
Seorang remaja berusia 14 tahun hilang sebahagian besar tangannya selepas sebutir bom yang ditemukannya meletup di kawasan sekolah di Thailand.

- Seorang remaja berusia 14 tahun hilang sebahagian besar tangannya selepas sebutir bom ditemukannya meletup di kawasan sekolah di Thailand.
- Lapor The Thaiger, remaja lelaki tersebut cuba membawa bom terbabit keluar dari kawasan sekolah yang terletak di wilayah Chaiyaphum.
- Kejadian tersebut berlaku ketika sekumpulan pelajar sekolah sedang bermain bola sepak dan seorang daripada mereka menyedari sebuah objek kelihatan seperti bom di padang.
- “Mangsa memutuskan untuk menyerahkan bom itu kepada ketua komuniti namun sempat bermain sebelum terjatuh dan akhirnya menyebabkan bom itu meletup.
- “Letupan itu menyebabkan sebahagian tangannya cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” jelas laporan itu.
BANGKOK – Seorang remaja berusia 14 tahun hilang sebahagian besar tangannya selepas sebutir bom yang ditemukannya meletup di kawasan sekolah di Thailand.
Lapor The Thaiger, remaja lelaki tersebut cuba membawa bom terbabit keluar dari kawasan sekolah yang terletak di wilayah Chaiyaphum.
Kejadian tersebut berlaku ketika sekumpulan pelajar sekolah sedang bermain bola sepak dan seorang daripada mereka menyedari sebuah objek yang kelihatan seperti bom di padang.
Pelajar berkenaan meminta bantuan mangsa yang pada ketika itu sedang bermain sepak takraw, untuk mengalihkan bom tersebut.
“Mangsa memutuskan untuk menyerahkan bom itu kepada ketua komuniti namun sempat bermain sebelum terjatuh dan akhirnya menyebabkan bom itu meletup.
“Letupan itu menyebabkan sebahagian tangannya cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” jelas laporan itu.
Pasukan penyelamat yang membawa mangsa ke hospital mendakwa bom tersebut berkemungkinan dihasilkan oleh sekumpulan remaja dari komuniti berlainan.
Malah, seorang penyelamat mendakwa pernah melihat sekumpulan remaja menaiki motosikal melawat padang itu beberapa malam sebelum kejadian.
Pada masa sama, penduduk turut mendakwa mendengar beberapa letupan pada malam itu.
Insiden itu meningkatkan tahap kesedaran mengenai keselamatan pelajar susulan beberapa kejadian seperti letupan gas silinder di sebuah sekolah di Bangkok, bulan lalu.
Sumber: Utusan Malaysia
