Connect with us

Terkini

PRN: Tidak berlaku sebarang perubahan di peringkat pusat – Fahmi

Kestabilan politik di peringkat pusat tidak akan tergugat kerana tidak akan ada perubahan yang berlaku di peringkat itu walau apa jua keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PRN: Tidak berlaku sebarang perubahan di peringkat pusat – Fahmi
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
  • Kestabilan politik di peringkat pusat tidak akan tergugat kerana tidak akan ada perubahan yang berlaku di peringkat itu walau apa jua keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
  • Berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, Fahmi berkata kestabilan politik adalah perkara asas yang membolehkan pelaburan masuk secara langsung untuk membantu pertumbuhan ekonomi.
  • “Asasnya adalah kestabilan politik. Itulah antara sebab walau apapun yang berlaku dalam PRN ini dan saya pun dapat laporan serba sedikit, PRN bukan Pilihan Raya Umum (PRU) maka tidak akan berlaku sebarang perubahan di peringkat pusat,” katanya.

PUTRAJAYA – Kestabilan politik di peringkat pusat tidak akan tergugat kerana tidak akan ada perubahan yang berlaku di peringkat itu walau apa jua keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, Fahmi berkata kestabilan politik adalah perkara asas yang membolehkan pelaburan masuk secara langsung untuk membantu pertumbuhan ekonomi.

“Asasnya adalah kestabilan politik. Itulah antara sebab walau apapun yang berlaku dalam PRN ini dan saya pun dapat laporan serba sedikit, PRN bukan Pilihan Raya Umum (PRU) maka tidak akan berlaku sebarang perubahan di peringkat pusat,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian ditetapkan pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply