Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Penjenayah seksual kanak-kanak terlepas hukuman penjara selepas mengaku tiada jantina

Seorang penjenayah seksual kanak-kanak di Scotland berjaya melepaskan diri dari hukuman penjara buat kali kedua selepas mengenal pasti dirinya sebagai tidak berjantina (non-binary).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

(VIDEO) Penjenayah seksual kanak-kanak terlepas hukuman penjara selepas mengaku tiada jantina
Foto: Seorang penjenayah seksual kanak-kanak di Scotland, Oliver James Bond.
  • Oliver James Bond, 33, dahulunya dikenali sebagai Lucas Cole, didapati bersalah di Mahkamah Syerif Perth, Britain atas pertuduhan berkaitan serangan seksual berterusan dan grooming seorang individu di bawah umur sepanjang enam tahun.
  • Dia berjaya melepaskan diri dari hukuman penjara buat kali kedua selepas mengenal pasti diri sebagai tidak berjantina (non-binary).
  • Terdahulu, Oliver pernah terlepas hukuman penjara pada 2018 selepas disabitkan kesalahan menyerang seorang lelaki transgender secara seksual.

Seorang penjenayah seksual kanak-kanak di Scotland berjaya melepaskan diri dari hukuman penjara buat kali kedua selepas mengenal pasti dirinya sebagai tidak berjantina (non-binary).

Oliver James Bond, 33, dahulunya dikenali sebagai Lucas Cole, didapati bersalah di Mahkamah Syerif Perth, Britain atas pertuduhan berkaitan serangan seksual berterusan dan grooming seorang individu di bawah umur sepanjang enam tahun.

Memetik laporan Reduxx, Oliver hanya mengenal pasti dengan identiti tidak berjantina itu selepas disabitkan kesalahan seksualnya, maka dia dirujuk menggunakan kata ganti nama “they/them”.

Walaupun mengakui kesalahan Oliver itu serius, Sheriff David Hall melepaskannya daripada hukuman penjara.

Sebaliknya, Oliver hanya akan berada di bawah pengawasan kerja sosial selama 18 bulan serta dikenakan enam bulan perintah berkurung dan dikehendaki bekerja 250 jam tanpa gaji.

Selain itu, nama Oliver diletakkan di dalam daftar pesalah seks selama lima tahun.

Perlakuannya bermula pada 2010, Oliver yang ketika itu berusia 20 tahun telah bersahabat dengan mangsanya, seorang remaja lelaki yang berusia 15 tahun ketika itu.

Oliver menyerang remaja itu secara seksual ketika dia sedang tidur di sebuah rumah di Milnathort, di mana remaja itu terjaga dan mendapati zakar Oliver dimasukkan ke mulutnya.

Oliver menyerang remaja itu sebanyak dua kali lagi dalam masa enam tahun kemudiannya.

Dalam kejadian kedua, Oliver berulang kali mencengkam kemaluan remaja itu, melondehkan seluarnya sebelum melakukan aksi seks terhadapnya.

Kejadian ketiga pula menyaksikan Oliver sekali lagi menyerang remaja itu yang sedang tidur.

Oliver memberitahu mahkamah yang dia menganggap hubungannya dengan remaja itu adalah “persahabatan untuk faedah” (friends with benefits).

Terdahulu, Oliver pernah terlepas hukuman penjara pada 2018 selepas disabitkan kesalahan menyerang seorang lelaki transgender secara seksual.

Sebaliknya, dia hanya diperintahkan untuk bekerja selama 200 jam tanpa gaji.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *