Connect with us

Terkini

Pengguguran hanya boleh dilakukan atas nasihat doktor – Pakar Perubatan

Proses pengguguran janin hanya boleh dilakukan atas nasihat doktor atau pengamal perubatan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) seperti yang dinyatakan dalam undang-undang pengguguran di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 312, kata Timbalan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Datuk Dr Mohamed Hatta Mohamed Tarmizi. 

Hanani Zulkifli

Published

on

Pengguguran hanya boleh dilakukan atas nasihat doktor – Pakar Perubatan
Foto: Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Prof Dr Nur Azurah Abd Ghani (kiri) dan Timbalan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Datuk Dr Mohamed Hatta Mohamed Tarmizi (kanan).
  • Proses pengguguran janin hanya boleh dilakukan atas nasihat doktor atau pengamal perubatan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) seperti yang dinyatakan dalam undang-undang pengguguran di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 312, kata Timbalan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Datuk Dr Mohamed Hatta Mohamed Tarmizi.
  • Merujuk kepada undang-undang itu, Dr Hatta berpendapat pengguguran yang dilakukan secara persendirian adalah salah dan tidak dibenarkan.
  • Beliau berkata pengguguran sendiri itu merujuk kepada ‘individu yang pergi kepada seseorang yang tidak berdaftar atau doktor bertauliah untuk mendapatkan rawatan untuk pengguguran’. 
  • Senada dengan kenyataan Dr Hatta, Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Prof Dr Nur Azurah Abd Ghani juga menolak pengguguran sendiri dan menyifatkan ia adalah ‘self-harm’ atau satu bentuk pencederaan terhadap diri sendiri. 

KUALA LUMPUR – Proses pengguguran janin hanya boleh dilakukan atas nasihat doktor atau pengamal perubatan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) seperti yang dinyatakan dalam undang-undang pengguguran di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 312, kata Timbalan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Datuk Dr Mohamed Hatta Mohamed Tarmizi. 

Merujuk kepada undang-undang itu, Dr Hatta yang juga Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) SabahCare Fertility Center berpendapat pengguguran yang dilakukan secara persendirian adalah salah dan tidak dibenarkan. 

“Walaupun begitu menggugur sendiri tidak dibenarkan. Setahu saya, wanita yang membuat pengguguran sendiri salah dari segi undang-undang,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times bagi mengulas satu hantaran Twitter tentang khidmat pengguguran ‘selamat’. 

Beliau berkata pengguguran sendiri itu merujuk kepada ‘individu yang pergi kepada seseorang yang tidak berdaftar atau doktor bertauliah untuk mendapatkan rawatan untuk pengguguran’. 

Menurutnya, hanya pengamal perubatan sahaja yang mengetahui keadaan kesihatan si ibu dan perlu berniat baik atau ‘under good faith’ untuk menyelamatkan nyawa si ibu sebelum membenarkan penamatan kehamilan itu dilakukan. 

Senada dengan kenyataan Dr Hatta, Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Prof Dr Nur Azurah Abd Ghani juga menolak pengguguran sendiri dan menyifatkan ia adalah ‘self-harm’ atau satu bentuk pencederaan terhadap diri sendiri. 

“Saya tak recommend because some people can bleed quite a lot. Most of these people have never experienced miscarriage before, hence they might not be prepared for the consequences of these home induced abortion (Kebanyakan orang ini tidak mempunyai pengalaman pengguguran sebelum ini, maka mereka tidak bersedia terima kesan pengguguran yang dilakukan di rumah),” katanya.  

Azurah berkata peranan pengamal perubatan penting semasa proses pengguguran itu berlangsung kerana pesakit perlu dipantau secara berkala. 

“Kalau medical termination pun kita akan masukkan ke wad untuk dipantau sebab khuatir berlakunya pendarahan yang banyak. 

Time matters. Kalau kita tidak bertindak cepat, ia boleh menyebabkan kematian,” katanya. 

Sebelum itu, satu hantaran daripada seorang pengguna Twitter menyatakan seolah-olah kumpulan advokasi Persatuan Hak Kesihatan Wanita (RRAAM) menawarkan khidmat pengguguran ‘selamat’ mengikut undang-undang.

Foto: Tangkap layar pautan akaun Twitter MINA JUAL RENDANG.

Beliau kemudiannya menafikan RRAAM menyediakan perkhidmatan pengguguran tetapi ia adalah tempat saluran maklumat tentang pengguguran selamat di Malaysia dan akaun Twitter RRAAM mengulang ciap kenyataan beliau – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pentadbiran Islam di Malaysia tidak tindas, paksa mana-mana pihak tukar agama

Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
  • Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
  • Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
  • Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
  • “…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
  • “Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
  • “14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.

KUALA LUMPUR — Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.

Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.

“…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.

“Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.

“14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.

Program terbitan Merdeka Studio itu turut menampilkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ sebagai panel utama.

Mengulas lanjut, Muhamad Rozaimi menjelaskan kenyataannya itu bukan untuk mempertikaikan perkara terbabit, tetapi dalam hal sedemikian kemudahan dan kebebasan diberikan kepada kelompok bukan Islam.

“Saya bukan nak pertikai cuma kemudahan itu diberi kebebasan itu diberi… tauliah itu sebenarnya diperlukan untuk mengawal daripada ajaran-ajaran sesat itu daripada disebarkan dengan tidak berdisiplin,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending