Terkini
Pengetua dilepas, bebas daripada pertuduhan amang seksual fizikal terhadap pelajar
Mahkamah Tinggi Butterworth, hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang lepas dan membebaskan pengetua sebuah sekolah menengah daripada pertuduhan amang seksual fizikal ke atas empat pelajar lelaki, lima tahun lalu.

- Mahkamah Tinggi Butterworth, hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang lepas dan membebaskan pengetua sebuah sekolah menengah daripada pertuduhan amang seksual fizikal ke atas empat pelajar lelaki, lima tahun lalu.
- Keputusan itu dibuat Hakim Fathiyah Idris terhadap Zainuren Mohamed, 59, selepas berpuas hati dengan hakim perbicaraan sebelum ini yang membuat penelitian sewajarnya ke atas semua saksi pendakwaan.
- Fathyiyah berkata, berlaku percanggahan dalam pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas apabila mangsa mendakwa berlaku beberapa siri amang seksual tetapi apabila disoal balas, dia mengakui kejadian itu tidak berlaku.
- Pada Januari 2019, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajarnya berusia 11, 13 dan 14 tahun serta meminta dibicarakan bagi pertuduhan berkenaan.
BUTTERWORTH: Mahkamah Tinggi Butterworth, hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang lepas dan membebaskan pengetua sebuah sekolah menengah daripada pertuduhan amang seksual fizikal ke atas empat pelajar lelaki, lima tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Fathiyah Idris terhadap Zainuren Mohamed, 59, selepas berpuas hati dengan hakim perbicaraan sebelum ini yang membuat penelitian sewajarnya ke atas semua saksi pendakwaan.
Fathyiyah berkata, berlaku percanggahan dalam pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas apabila mangsa mendakwa berlaku beberapa siri amang seksual tetapi apabila disoal balas, dia mengakui kejadian itu tidak berlaku.
Dengan itu, keterangan mangsa bercanggah secara material dan kredibilitinya terjejas sekali gus menyebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahrezal Mohd Shukri manakala tertuduh diwakili peguam E Gnasegaran, Audrey Wee Li Ye dan S Vikneswaran.
Gnasegaran ketika ditemui di luar mahkamah berkata, sejak awal lagi beliau yakin anak guamnya tidak bersalah kerana kredibiliti mangsa terjejas selain memberi keterangan yang bercanggah.
Pada Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Zainuren daripada pertuduhan melakukan amang seksual terhadap empat pelajar lelaki kerana berlaku percanggahan dalam keterangan mangsa.
Pada Januari 2019, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajarnya berusia 11, 13 dan 14 tahun serta meminta dibicarakan bagi pertuduhan berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik khas pengetua dan asrama di sebuah sekolah di Butterworth antara jam 4 petang hingga 11.40 malam antara 6 April hingga 10 Oktober 2018.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular