Connect with us

Antarabangsa

Negara Islam diseru putuskan hubungan dengan Sweden kerana cemarkan al-Quran

Setiausaha agung kumpulan penentangan Hizbullah Lubnan, Seyed Hassan Nasrallah menggesa negara-negara Islam memutuskan hubungan mereka dengan Sweden sebagai tindak balas terhadap pencemaran naskah Al-Quran di negara Skandinavia itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Negara Islam diseru putuskan hubungan dengan Sweden kerana cemarkan al-Quran
Foto: Setiausaha agung kumpulan penentangan Hizbullah Lubnan, Seyed Hassan Nasrallah.
  • Setiausaha agung kumpulan penentangan Hizbullah Lubnan, Seyed Hassan Nasrallah menggesa negara-negara Islam memutuskan hubungan mereka dengan Sweden sebagai tindak balas terhadap pencemaran naskah Al-Quran di negara Skandinavia itu.
  • Menurut laporan Tasnim News Agency, kenyataan Seyed Hassan pada Sabtu itu berikutan gesaannya sebelum ini agar negara-negara Islam mengusir Duta Sweden dari ibu kota mereka selepas insiden kedua mencemarkan naskhah al-Quran di Sweden.
  • Beliau menekankan pendirian diterima pakai negara-negara Islam berhubung perbuatan yang tidak senonoh itu harus membawa kepada pemutusan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan kerajaan Sweden. 

TEHRAN – Setiausaha agung kumpulan penentangan Hizbullah Lubnan, Seyed Hassan Nasrallah menggesa negara-negara Islam memutuskan hubungan mereka dengan Sweden sebagai tindak balas terhadap pencemaran naskah Al-Quran di negara Skandinavia itu.

Menurut laporan Tasnim News Agency, kenyataan Seyed Hassan pada Sabtu itu berikutan gesaannya sebelum ini agar negara-negara Islam mengusir Duta Sweden dari ibu kota mereka selepas insiden kedua mencemarkan naskhah al-Quran di Sweden.

Beliau menekankan pendirian diterima pakai negara-negara Islam berhubung perbuatan yang tidak senonoh itu harus membawa kepada pemutusan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan kerajaan Sweden. 

Seyed Hassan turut memberi amaran agar tidak tertipu dengan permohonan maaf daripada Kerajaan Sweden dan Denmark berhubung tindakan yang menyinggung perasaan itu, menurut PressTV.

Merujuk kepada insiden penodaan di Sweden dan Denmark, yang turut mencetuskan Iran memanggil duta Denmark ke Tehran sebagai protes, Seyed Hassan menggesa tindakan tegas untuk mencegah tingkah laku kesat itu. 

Beliau memuji kerajaan Iraq atas respon mereka yang mengusir Duta Sweden dari Baghdad dan menarik balik utusannya sendiri dari Stockholm.

Seyed Hassan turut memberi amaran kepada Kerajaan Sweden untuk mengambil tindakan atas kenyataan Pemimpin Revolusi Islam Ayatollah Seyed Ali Khamenei, khususnya pada bahagian di mana pemimpin itu menggambarkan Stockholm sebagai “kerajaan yang mengambil barisan pertempuran menentang Islam” dengan membenarkan pencemaran kitab suci umat Islam.

Pemimpin Hizbullah itu juga memberi amaran jika penglibatan agensi pengintip Israel, Mossad, disahkan dalam tindakan penodaan itu, ia boleh membawa kepada provokasi lanjut dan tindak balas kuat dari dunia Islam. 

Sebelum ini, Kementerian Perisikan Iran mendedahkan individu yang bertanggungjawab membakar naskhah Al-Quran di Stockholm mempunyai hubungan dengan Mossad dan terlibat dalam aktiviti pengintipan terhadap kumpulan penentang.

Kementerian berkenaan menyatakan penodaan itu adalah sebahagian daripada projek Israel untuk mengalih perhatian daripada tindakan rejim terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, khususnya di bandar Jenin.

Sumber: Tasnim News Agency

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *