Antarabangsa
Korea Selatan lulus RUU hukuman lebih berat jenayah bunuh bayi
Jawatankuasa Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengenakan hukuman lebih berat bagi kes pembunuhan dengan sengaja bayi baru lahir dan pembuangan mayat bayi.
- Jawatankuasa Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengenakan hukuman lebih berat bagi kes pembunuhan dengan sengaja bayi baru lahir dan pembuangan mayat bayi.
- RUU itu menetapkan hukuman lebih berat ke atas pembunuhan bayi dan pembuangan mayat bayi setara dengan hukuman bagi pembunuhan biasa dan pembuangan mayat, lapor Agensi Berita Yonhap.
- Semakan itu dibuat di tengah-tengah peningkatan kemarahan sosial terhadap sejumlah besar kes kematian bayi tidak berdaftar baru-baru ini.
- Undang-undang sedia ada menetapkan hukuman mati, hukuman penjara seumur hidup atau penjara sekurang-kurangnya lima tahun bagi mereka yang disabitkan dengan pembunuhan biasa, manakala hukuman ke atas kes pembunuhan bayi dihadkan kepada penjara tidak lebih 10 tahun.
SEOUL – Jawatankuasa Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengenakan hukuman lebih berat bagi kes pembunuhan dengan sengaja bayi baru lahir dan pembuangan mayat bayi.
RUU itu menetapkan hukuman lebih berat ke atas pembunuhan bayi dan pembuangan mayat bayi setara dengan hukuman bagi pembunuhan biasa dan pembuangan mayat, lapor Agensi Berita Yonhap.
Semakan itu dibuat di tengah-tengah peningkatan kemarahan sosial terhadap sejumlah besar kes kematian bayi tidak berdaftar baru-baru ini.
Undang-undang sedia ada menetapkan hukuman mati, hukuman penjara seumur hidup atau penjara sekurang-kurangnya lima tahun bagi mereka yang disabitkan dengan pembunuhan biasa, manakala hukuman ke atas kes pembunuhan bayi dihadkan kepada penjara tidak lebih 10 tahun.
Ia juga menetapkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga 5,000,000 won (USD3,950), atau penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga 15,000,000 won bagi mereka yang disabitkan kesalahan membuang mayat, berbanding hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga 3,000,000 won bagi mereka yang disabitkan kesalahan membuang mayat bayi.
Semakan itu dijadual dibentangkan pada sidang pleno Parlimen pada Selasa sebelum berkuat kuasa kira-kira enam bulan kemudian.
Sumber: Free Malaysia Today