Connect with us

Antarabangsa

Kes gangguan seksual, ahli gusti wanita India tuntut pembaharuan sistem

Ahli gusti wanita India dan keluarga mereka mendesak pembaharuan dilakukan daripada penjaga yang mengiringi peserta hingga menuntut lebih ramai pegawai wanita bagi jawatan kanan sukan itu, susulan tuduhan gangguan seksual oleh seorang pentadbir sukan tertinggi.

Wartawan TMT

Published

on

Kes gangguan seksual, ahli gusti wanita India tuntut pembaharuan sistem
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ahli gusti wanita India dan keluarga mereka mendesak pembaharuan dilakukan daripada penjaga yang mengiringi peserta hingga menuntut lebih ramai pegawai wanita bagi jawatan kanan sukan itu, susulan tuduhan gangguan seksual oleh seorang pentadbir sukan tertinggi. 
  • Sebahagian ibu bapa berkata, mereka mahu wanita dilantik di semua peringkat latihan dan mengendalikan persekutuan gusti, serta badan sukan lain.
  • “Seluruh sistem penuh dengan lelaki… wanita perlu dilantik untuk membuat anak gadis berasa selamat,” kata Virendra Singh, bapa kepada Deepika dan Ishanshu, yang juga seorang ahli gusti dan mengiringi anak perempuannya untuk latihan setiap hari.
  • Ada ibu bapa mahu kerajaan menubuhkan kumpulan penjaga rasmi untuk menghadiri acara, seperti kem latihan dan kejohanan antarabangsa, bersama peserta wanita.
  • Mahkamah bulan ini membenarkan perbicaraan kes gangguan seksual dan ugutan terhadap Ketua Persekutuan Gusti India (WFI), Brij Bhushan Sharan Singh yang juga Ahli Parlimen berpengaruh parti pemerintah Perdana Menteri, Narendra Modi.
  • Kelewatan mengambil tindakan menarik perhatian global apabila ahli gusti terkemuka, pada Mei lalu mengugut membuang pingat mereka ke dalam Sungai Ganges, sungai paling suci bagi agama Hindu, dalam protes selama kira-kira lima bulan selepas mendakwa Brij Bhushan meraba wanita muda ketika kejohanan.

KHARKHODA: Ahli gusti wanita India dan keluarga mereka mendesak pembaharuan dilakukan daripada penjaga yang mengiringi peserta hingga menuntut lebih ramai pegawai wanita bagi jawatan kanan sukan itu, susulan tuduhan gangguan seksual oleh seorang pentadbir sukan tertinggi.

Mahkamah bulan ini membenarkan perbicaraan kes gangguan seksual dan ugutan terhadap Ketua Persekutuan Gusti India (WFI), Brij Bhushan Sharan Singh yang juga Ahli Parlimen berpengaruh parti pemerintah Perdana Menteri, Narendra Modi.

Bagaimanapun, kelewatan dalam mengambil tindakan menarik perhatian global apabila ahli gusti terkemuka, pada Mei lalu mengugut untuk membuang pingat mereka ke dalam Sungai Ganges, sungai paling suci bagi agama Hindu, dalam protes selama kira-kira lima bulan selepas mendakwa Brij Bhushan meraba wanita muda ketika kejohanan.

Dalam temu bual bersama media tempatan, Brij Bhushan menafikan tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap enam ahli gusti wanita yang mewakili India di peringkat antarabangsa, dengan seorang pembantu berkata, beliau tidak bersalah dan akan dibuktikan badan kehakiman.

Jika sabit kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara tiga tahun.

“Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, namun ahli gusti melakukan perkara yang betul dengan mengangkat suara mereka,” kata Mona Dahiya, ibu kepada remaja perempuan, Deepika dan Ishanshu, yang berlatih menjadi ahli gusti di negeri Haryana di utara.

“Kami bimbang jika beberapa ahli gusti terbaik boleh mengalami perkara ini (gangguan seksual), maka ia boleh berlaku kepada anak gadis kami juga,” kata beliau di rumahnya di Kharkhoda, sebuah bandar yang terletak 60 kilometer (km) dari New Delhi.

Advertisement

Keluarga itu bersama sembilan ahli gusti wanita dan ibu bapa mereka yang bercakap kepada Reuters, bagaimanapun bertekad bahawa tidak ada wanita muda yang akan putus asa terhadap sukan berkenaan.

Mereka sebaliknya, menumpukan perhatian kepada pemilihan WFI yang dijadualkan bulan ini bagi mencapai tuntutan pembaharuan sistem yang memberikan panduan kepada lebih 53,000 ahli gusti wanita muda.

Sebahagian ibu bapa berkata, mereka mahu wanita dilantik di semua peringkat latihan dan mengendalikan persekutuan gusti, serta badan sukan lain.

“Seluruh sistem penuh dengan lelaki… wanita perlu dilantik untuk membuat anak gadis berasa selamat,” kata Virendra Singh, bapa kepada Deepika dan Ishanshu, yang juga seorang ahli gusti dan mengiringi anak perempuannya untuk latihan setiap hari.

Selain itu, ada ibu bapa yang mahu kerajaan menubuhkan kumpulan penjaga rasmi untuk menghadiri acara, seperti kem latihan dan kejohanan antarabangsa, bersama peserta wanita. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending