Antarabangsa
Kemboja masih menderita akibat bom berangkai tinggalan AS setengah Abad lalu
Kemboja masih menderita akibat bom berangkai tinggalan Amerika Syarikat (AS) yang digugurkan di negara Asia Tenggara itu setengah abad lalu, kata Perdana Menteri, Hun Sen, pada Ahad, lapor Xinhua.
- Kemboja masih menderita akibat bom berangkai tinggalan Amerika Syarikat (AS) yang digugurkan di negara Asia Tenggara itu setengah abad lalu, kata Perdana Menteri, Hun Sen, pada Ahad, lapor Xinhua.
- Menurut Universiti Yale, antara 1965 dan 1973, AS menjatuhkan kira-kira 230,516 bom di 113,716 lokasi di Kemboja.
- “Sehingga kini sudah lebih setengah abad, tetapi (kita) belum menemui jalan untuk memusnahkan kesemuanya,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di saluran Telegram rasmi.
- Mesej pemimpin itu dibuat selepas terdapat laporan bahwa AS membekalkan bom berangkai ke Ukraine semasa konflik Russia-Ukraine.
PHNOM PENH: Kemboja masih menderita akibat bom berangkai tinggalan Amerika Syarikat (AS) yang digugurkan di negara Asia Tenggara itu setengah abad lalu, kata Perdana Menteri, Hun Sen, pada Ahad, lapor Xinhua.
“Kemboja melalui pengalaman yang menyakitkan hasil bom berangkai yang digugurkan oleh AS pada awal 1970-an.
“Sehingga kini sudah lebih setengah abad, tetapi (kita) belum menemui jalan untuk memusnahkan kesemuanya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di saluran Telegram rasmi.
Menurut Universiti Yale, antara 1965 dan 1973, AS menjatuhkan kira-kira 230,516 bom di 113,716 lokasi di Kemboja.
Mesej pemimpin itu dibuat selepas terdapat laporan bahwa AS membekalkan bom berangkai ke Ukraine semasa konflik Russia-Ukraine.
“Ia akan mendatangkan kesan terburuk bagi rakyat Ukraine selama beberapa dekad atau bahkan berabad-abad jika bom berangkai itu digunakan.
“Saya pasti bahawa suara Kemboja adalah kecil dan lemah, tetapi dengan rasa belas kasihan terhadap rakyat Ukraine, saya menggesa presiden AS, pembekal dan presiden Ukraine jangan menggunakan bom dalam perang ini kerana mangsa sebenar adalah orang awam, terutamanya rakyat Ukraine,” katanya.
Sumber: Berita Harian