Connect with us

Antarabangsa

Keganasan antara etnik: 26 pemimpin India lawat Manipur esok

Sekumpulan Ahli Parlimen India akan melawat Manipur selama dua hari bermula esok (29 Julai 2023) bagi melihat sendiri wilayah yang terjejas dengan insiden keganasan antara etnik sejak awal Mel lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Keganasan antara etnik: 26 pemimpin India lawat Manipur esok
Foto: Ahli Parlimen, Gaurav Gogoi.
  • Sekumpulan Ahli Parlimen India akan melawat Manipur selama dua hari bermula esok (29 Julai 2023) bagi melihat sendiri wilayah yang terjejas dengan insiden keganasan antara etnik sejak awal Mel lalu.
  • Delegasi India akan bertemu komuniti berbeza yang tinggal di Manipur dan melawat kem bantuan. 
  • Pertempuran pertama kali tercetus pada 3 Mei lalu di Churachandpur selepas kumpulan Kuki, majoritinya penganut Kristian, membantah cadangan memberikan status Suku Terjadual (ST) kepada komuniti Meitei yang majoritinya beragama Hindu. 
  • Sekurang-kurangnya 150 maut dan lebih 50,000 mangsa kehilangan tempat tinggal dalam insiden di Manipur.

Sekumpulan Ahli Parlimen India akan melawat Manipur selama dua hari bermula esok (29 Julai 2023) bagi melihat sendiri wilayah yang terjejas dengan insiden keganasan antara etnik sejak awal Mel lalu.

“Pihak yang tidak mempunyai Ahli Parlimen akan menghantar wakil,” kata Ketua Kongres Manickam Tagore dipetik Hindustan Times.  

Sekurang-kurangnya 150 maut dan lebih 50,000 mangsa kehilangan tempat tinggal dalam insiden di Manipur.

Pertempuran pertama kali tercetus pada 3 Mei lalu di Churachandpur selepas kumpulan Kuki, majoritinya penganut Kristian, membantah cadangan memberikan status Suku Terjadual (ST) kepada komuniti Meitei yang majoritinya beragama Hindu. 

”Delegasi akan bertemu orang ramai di kedua-dua kawasan lembah dan bukit. Delegasi India akan bertemu komuniti berbeza yang tinggal di Manipur dan melawat kem bantuan,” kata Derek O’Brien dari Kongres Trinamool (TMC) Rajya Sabha. 

Terdahulu, pemimpin Kongres Rahul Gandhi dan delegasi Left dan Trinamool telah melawat Manipur. 

Lawatan terbabit dianggap penting kerana perikatan itu menyatakan kebimbangan serius mengenai situasi Manipur dalam mesyuaratnya di Bengaluru dan menggerakkan usul tidak percaya berhubung isu itu dalam sesi Parlimen yang sedang berlangsung. 

Lebih 20 Ahli Parlimen pembangkang akan melawat dan memerhati keadaan Manipur hujung minggu ini, kata Whip Kongres di Lok Sabha Manickam Tagore kepada agensi berita Press Trust of India. 

Kongres berkemungkinan menghantar Ahli Parlimen, Gaurav Gogoi, yang  mengemukakan usul tidak percaya terhadap kerajaan ke Manipur. 

Sumber: Hindustan Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *