Antarabangsa
Islam pegang “kedudukan kebanggaan” di India, kata Penasihat Keselamatan Negara India
Penasihat Keselamatan Negara (NSA) India, Ajit Doval semasa acara di Pusat Kebudayaan Islam India menyatakan India telah lama menjadi sebuah negara majmuk dengan pelbagai budaya dan agama wujud bersama secara aman selama berabad-abad.

- Penasihat Keselamatan Negara (NSA) India, Ajit Doval, semasa acara di Pusat Kebudayaan Islam India, menyatakan India telah lama menjadi sebuah negara majmuk dengan pelbagai budaya dan agama wujud bersama secara aman selama berabad-abad.
- Bercakap pada majlis itu, Ajit berkata dalam kalangan kumpulan agama di India, Islam mempunyai kedudukan kebanggaan yang unik dan penting.
- Menurut laporan Swarajya News, perhimpunan itu turut menampilkan ucapan setiausaha agung Liga Dunia Muslim yang juga tokoh dihormati dalam dunia Islam moden, Sheikh Dr Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, yang kini dalam lawatan ke India.
Penasihat Keselamatan Negara (NSA) India, Ajit Doval semasa acara di Pusat Kebudayaan Islam India menyatakan India telah lama menjadi sebuah negara majmuk dengan pelbagai budaya dan agama wujud bersama secara aman selama berabad-abad.
Bercakap pada majlis itu, Ajit berkata dalam kalangan kumpulan agama di India, Islam mempunyai kedudukan kebanggaan yang unik dan penting.
Menurut laporan Swarajya News, perhimpunan itu turut menampilkan ucapan Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim yang juga tokoh yang dihormati dalam dunia Islam moden, Sheikh Dr Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, yang kini dalam lawatan ke India.
Ajit turut memuji pengetahuan dan pemahaman Sheikh Dr Mohammed tentang agama.
Hubungan antara India dan Arab Saudi juga digambarkan sebagai ‘cemerlang’ oleh Ajit, yang mengaitkannya dengan warisan budaya bersama, nilai bersama dan hubungan ekonomi.
Anjit berkata “pemimpin kami berkongsi visi sama untuk masa depan dan berinteraksi rapat antara satu sama lain.”
Menekankan bahawa India, sebagai negara demokrasi terbesar di dunia dan ibu kepada demokrasi, dan sebuah negara mempunyai kepelbagaian yang luar biasa, Anjit berkata, “dalam perbincangan anda (Sheikh Dr Mohammed), anda telah menyebut secara terperinci kepelbagaian sebagai ciri asas kewujudan kita.
“Ia (India) telah menjadi tempat wadah bagi budaya, agama, bahasa dan etnik yang telah wujud bersama dalam keharmonian selama berabad-abad. Sebagai sebuah demokrasi yang inklusif, India berjaya menyediakan ruang untuk semua rakyatnya tanpa mengira identiti agama, etnik dan budaya mereka,” kata Anjit.
Beliau berkata, “di antara banyak kumpulan agamanya, Islam menduduki kedudukan kebanggaan yang unik dan penting, dengan India menjadi rumah kepada penduduk Islam kedua terbesar di dunia.”
Anjit turut menekankan penduduk Islam India hampir sama dengan gabungan populasi lebih 33 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Sumber: Swarajya News
