Connect with us

Antarabangsa

Iran jatuhkan 354 hukuman mati dalam tempoh enam bulan

Pihak berkuasa Iran melaksanakan hukuman mati terhadap sekurang-kurangnya 354 individu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Wartawan TMT

Published

on

Iran jatuhkan 354 hukuman mati dalam tempoh enam bulan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihak berkuasa Iran melaksanakan hukuman mati terhadap sekurang-kurangnya 354 individu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
  • Perkara itu didedahkan sebuah kumpulan hak asasi manusia Iran yang berpangkalan di Norway.
  • Menurut kumpulan itu, kadar hukuman mati dilaksanakan di negara itu lebih tinggi, berbanding tahun lalu.
  • Ia menambah, seramai 354 orang dikenakan hukuman mati bagi tempoh enam bulan pertama iaitu sehingga 30 Jun, meningkat 36 peratus bagi tempoh sama pada 2022, dengan jumlah yang menerima hukuman itu seramai 261 orang.
  • Pengarah Hak Asasi Manusia Iran (IHR) Mahmood Amiry-Moghaddam berkata, hukuman mati digunakan untuk menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat dan menghalang lebih banyak protes.

TEHRAN – Pihak berkuasa Iran melaksanakan hukuman mati terhadap sekurang-kurangnya 354 individu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Perkara itu didedahkan sebuah kumpulan hak asasi manusia Iran yang berpangkalan di Norway.

Menurut kumpulan itu, kadar hukuman mati yang dilaksanakan di negara itu lebih tinggi, berbanding tahun lalu.

Kumpulan hak asasi manusia itu mendakwa Tehran meningkatkan hukuman mati untuk menyebarkan ketakutan kepada seluruh rakyat susulan gerakan protes yang tercetus September lalu selepas kematian seorang wanita, Mahsa Amini, yang ditahan kerana didakwa melanggar peraturan kod pakaian untuk wanita.

Ia menambah, seramai 354 orang dikenakan hukuman mati bagi tempoh enam bulan pertama iaitu sehingga 30 Jun, meningkat 36 peratus bagi tempoh sama pada 2022, dengan jumlah yang menerima hukuman itu seramai 261 orang.

Mereka melahirkan kebimbangan mengenai kumpulan etnik bukan Parsi yang terjejas secara tidak seimbang akibat hukuman mati di Iran.

Kata kumpulan itu, 20 peratus daripada semua hukuman mati adalah dalam kalangan etnik minoriti Baluch.

Seramai 206 orang dikenakan hukuman mati atas tuduhan berkaitan dadah, meningkat 126 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Tambahnya, enam wanita antara yang dihukum mati dalam tempoh itu, manakala dua lelaki menjalani hukuman gantung secara terbuka.

Pengarah Hak Asasi Manusia Iran (IHR) Mahmood Amiry-Moghaddam berkata, hukuman mati digunakan untuk menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat dan menghalang lebih banyak protes.

Menurutnya, majoriti mereka yang terbunuh adalah mangsa defendan dadah berasal dari komuniti paling terpinggir.

Sebelum ini, IHR pada awal tahun ini melaporkan Iran menjalankan 582 hukuman mati pada 2022, angka tertinggi di republik Islam itu sejak 2015.

Menurut Amnesty International, Iran adalah negara yang merekodkan hukuman mati kedua terbesar di dunia selepas China.

China bagaimanapun tidak mendedahkan data mengenainya.

Pihak berkuasa Iran menjatuhkan hukuman mati ke atas tujuh lelaki bagi kes berkaitan protes, dengan kumpulan hak asasi manusia memberi amaran sekurang-kurangnya tujuh lagi ditahan kerana demonstrasi itu berisiko untuk dikenakan dihukum mati.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending