Antarabangsa
Elon Musk lancarkan xAI untuk fahami sifat sebenar alam semesta
Elon Musk pada Rabu melancarkan syarikat kecerdasan buatan (AI) iaitu xAI, ketika dia berusaha untuk bersaing dengan OpenAI, pencipta ChatGPT iaitu sebuah program yang dituduhnya berat sebelah dari segi politik dan tidak bertanggungjawab.
- Elon Musk pada Rabu melancarkan syarikat kecerdasan buatan (AI) iaitu xAI, ketika dia berusaha bersaing dengan OpenAI, pencipta ChatGPT iaitu sebuah program yang dituduhnya berat sebelah dari segi politik dan tidak bertanggungjawab.
- Laman sesawang xAI berkata, hartawan Tesla itu akan menjalankan syarikat itu secara berasingan daripada syarikatnya lain, tetapi teknologi yang dibangunkan akan memberi manfaat kepada perniagaan termasuk Twitter.
- “Matlamat xAI adalah untuk memahami sifat sebenar alam semesta,” kata laman sesawang itu.
- Musk di Twitter menambah bahawa matlamat syarikat baharu itu adalah untuk “memahami realiti” dan menjawab persoalan terbesar dalam kehidupan.
Washington: Elon Musk pada Rabu melancarkan syarikat kecerdasan buatan (AI) iaitu xAI, ketika dia berusaha untuk bersaing dengan OpenAI, pencipta ChatGPT iaitu sebuah program yang dituduhnya berat sebelah dari segi politik dan tidak bertanggungjawab.
Laman sesawang xAI berkata, hartawan Tesla itu akan menjalankan syarikat itu secara berasingan daripada syarikatnya yang lain, tetapi teknologi yang dibangunkan akan memberi manfaat kepada perniagaan termasuk Twitter.
“Matlamat xAI adalah untuk memahami sifat sebenar alam semesta,” kata laman sesawang itu.
Musk di Twitter menambah bahawa matlamat syarikat baharu itu adalah untuk “memahami realiti” dan menjawab persoalan terbesar dalam kehidupan.
Untuk permulaan, ia dikendalikan oleh bekas penyelidik dari OpenAI, Google DeepMind, Tesla dan Universiti Toronto.
Pasukan itu perlu mendapat nasihat Dan Hendrycks, kini mengetuai Pusat Keselamatan AI, sebuah organisasi yang berpangkalan di San Francisco yang sudah memberi amaran terhadap membangunkan AI terlalu cepat.
Hendrycks juga memulakan surat terbuka kepada pemimpin global pada Jun yang memberi amaran AI adalah risiko kepada kewujudan manusia setanding dengan wabak dan perang nuklear.
Musk mendakwa secara bersama mengasaskan OpenAI pada 2015 kerana menganggap langkah Google untuk membuat kemajuan dalam kecerdasan buatan sebagai melulu.
Beliau meninggalkan OpenAI pada 2018 untuk memberi tumpuan kepada Tesla dan kemudian menyatakan tidak selesa dengan hala tuju yang dipacu keuntungan yang diambil oleh syarikat di bawah pengawasan Ketua Pegawai Eksekutif Sam Altman.
Musk juga mendakwa bahawa model bahasa besar OpenAI yang mana ChatGPT bergantung kepada kandungan, seperti halnya dengan program AI yang lain.
Musk pada April berkongsi butiran rancangannya untuk alat AI baharu yang dipanggil ‘TruthGPT’ dalam temu bual dengan Fox News, penyiar konservatif.
Dalam temu bual itu, beliau berkata, syarikat AI baharunya akan diperkenalkan lebih lewat selepas OpenAI dan Google DeepMind, yang kedua-duanya sudah mencapai kemajuan besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Sumber: Harian Metro