Connect with us

Antarabangsa

Australia akan menjadi negara pertama tamatkan HIV

Australia kekal di landasan untuk menjadi salah satu negara pertama yang menamatkan wabak HIV, demikian menurut data dikeluarkan pada persidangan antarabangsa mengenai Sains HIV pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Australia akan menjadi negara pertama tamatkan HIV
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Australia kekal di landasan untuk menjadi salah satu negara pertama yang menamatkan wabak HIV, demikian menurut data dikeluarkan pada persidangan antarabangsa mengenai Sains HIV pada Isnin.
  • Laporan itu dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Sains HIV ke-12 anjuran Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS).
  • Menurut laporan RTT News, Andrew Grulich dari Institut Kirby di Universiti New South Wales, Australia yang juga Ahli Majlis Tadbir IAS membentangkan penemuan itu, memetik kemajuan di Inner Sydney di mana HIV pernah berleluasa di Australia.
  • Inner Sydney mengurangkan pemerolehan HIV baharu sebanyak 88 peratus, bermakna ia mungkin berada di tempat pertama di dunia mencapai sasaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan AIDS sebagai ancaman kesihatan awam menjelang 2030, kata laporan itu.

Australia kekal di landasan untuk menjadi salah satu negara pertama yang menamatkan wabak HIV, demikian menurut data dikeluarkan pada persidangan antarabangsa mengenai Sains HIV pada Isnin.

Laporan itu dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Sains HIV ke-12 anjuran Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS).

Menurut laporan RTT News, Andrew Grulich dari Institut Kirby di Universiti New South Wales, Australia yang juga Ahli Majlis Tadbir IAS membentangkan penemuan itu, memetik kemajuan di Inner Sydney di mana HIV pernah berleluasa di Australia.

Inner Sydney mengurangkan pemerolehan HIV baharu sebanyak 88 peratus, bermakna ia mungkin berada di tempat pertama di dunia mencapai sasaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan AIDS sebagai ancaman kesihatan awam menjelang 2030, kata laporan itu.

Pengumuman itu dibuat hanya seminggu selepas Institut Kirby mengeluarkan data pengawasan nasional yang menunjukkan diagnosis baharu HIV dalam kalangan lelaki gay dan biseksual di Australia menurun sebanyak 57 peratus sejak sedekad lalu.

“Kejayaan luar biasa dalam pencegahan HIV di kawasan kejiranan gay di Sydney adalah disebabkan oleh kepimpinan kerajaan dalam beberapa dekad,” kata Andrew. 

“Nombor-nombor ini menunjukkan kepada kita bahawa penghapusan penularan HIV adalah tidak mustahil. Sekarang, kita perlu melihat dengan teliti apa yang berjaya di Sydney dan menyesuaikannya untuk bandar dan wilayah lain di seluruh Australia,” katanya.

Advertisement

Skye McGregor dari Institut Kirby membentangkan kajian yang menunjukkan Australia berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran UNAIDS 95-95-95, yang memerlukan 95 peratus daripada semua individu hidup dengan HIV mengetahui status HIV mereka.

Manakala 95 peratus daripada semua individu yang didiagnosis dengan HIV menerima terapi antiretroviral berterusan dan 95 peratus daripada semua individu menerima terapi antiretroviral 2025 mencapai antiretroviral.

Sumber: RTT News

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending