Connect with us

Terkini

Anak lahir luar negara: Kerajaan akan bentang pindaan Artikel 15(A)

Kerajaan akan membentangkan pindaan Artikel 15(A) Perlembagaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan membabitkan anak warganegara yang dilahirkan di luar negara, September ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Anak lahir luar negara: Kerajaan akan bentang pindaan Artikel 15(A)
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan akan membentangkan pindaan Artikel 15(A) Perlembagaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan membabitkan anak warganegara yang dilahirkan di luar negara, September ini.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pindaan itu dijangka dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang pada September.
  • Katanya, pindaan itu membabitkan penggantian perkataan ‘bapa siapa’ dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan ‘sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapa’.
  • “Kami akan membentangkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk menggantikan perkataan ‘bapa siapa’ dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan ‘sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapa'” katanya pada Persidangan Undang-Undang Malaysia Antarabangsa, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan pindaan Artikel 15(A) Perlembagaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan membabitkan anak warganegara yang dilahirkan di luar negara, September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pindaan itu dijangka dibentangkan pada persidangan parlimen akan datang pada September.

Katanya, pindaan itu membabitkan penggantian perkataan ‘bapa siapa’ dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan ‘sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapa’.

“Beberapa isu kritikal menyumbang kepada cabaran yang dihadapi oleh orang tanpa kerakyatan di Malaysia.

“Bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara, kepada ibu Malaysia, usaha sedang dijalankan untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan untuk mereka.

“Kami akan membentangkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk menggantikan perkataan ‘bapa siapa’ dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan ‘sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapa'” katanya pada Persidangan Undang-Undang Malaysia Antarabangsa, di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Author