Antarabangsa
Tentera Israel bunuh lagi rakyat Palestin
Tentera Israel menembak mati seorang pejuang Palestin di Tebing Barat semalam dalam satu operasi merobohkan sebuah apartmen.
- Tentera Israel menembak mati seorang pejuang Palestin di Tebing Barat semalam dalam satu operasi merobohkan sebuah apartmen.
- Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan, berkata mangsa Khalil Yahya Anis, 20, ditembak di bahagian kepala di Nablus.
- Seorang pegawai di hospital Al Najah di Nablus berkata kepada AFP bahawa dua lagi rakyat Palestin cedera dalam pertempuran yang tercetus apabila tentera Israel memasuki bandar itu untuk merobohkan rumah seorang individu yang didakwa penyerang.
- Seorang wartawan AFP turut menyaksikan sekumpulan lelaki muda meninjau kerosakan apartmen itu selepas subuh tadi.
- Seorang pegawai keselamatan Palestin yang enggan namanya disiarkan mengesahkan Anis adalah seorang pejuang, namun tidak menyatakan dengan kumpulan mana mangsa bernaung.
NABLUS: Tentera Israel menembak mati seorang pejuang Palestin di Tebing Barat semalam dalam satu operasi merobohkan sebuah apartmen.
Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan, berkata mangsa Khalil Yahya Anis, 20, ditembak di bahagian kepala di Nablus.
Seorang pegawai di hospital Al Najah di Nablus berkata kepada AFP bahawa dua lagi rakyat Palestin cedera dalam pertempuran yang tercetus apabila tentera Israel memasuki bandar itu untuk merobohkan rumah seorang individu yang didakwa penyerang.
Seorang wartawan AFP turut menyaksikan sekumpulan lelaki muda meninjau kerosakan apartmen itu selepas subuh tadi.
Seorang pegawai keselamatan Palestin yang enggan namanya disiarkan mengesahkan Anis adalah seorang pejuang, namun tidak menyatakan dengan kumpulan mana mangsa bernaung.
“Tentera Israel dikatakan dalam serbuan menyatakan suspek melepaskan tembakan ke arah anggota tentera.
“Anggota tentera bertindak balas dengan tembakan,” katanya.
Saksi berkata, tentera zionis merobohkan flat Osama Taweel, seorang ahli kumpulan pejuang Lions’ Den.
Taweel ditangkap oleh Israel pada Februari lalu selepas didakwa menembak mati tentera Israel, Ido Baurch di penempatan Tebing Barat pada November lalu.
Israel ketika ini kerap merobohkan rumah penduduk Palestin yang melakukan serangan terhadap warganya.
Tindakan itu juga dikritik walaupun ada yang mendakwa mengatakan ia adalah hukuman kolektif.
Menurut pengiraan AFP daripada sumber rasmi, sekurang-kurangnya 159 rakyat Palestin, 21 warga Israel, masing-masing seorang Ukraine dan Itali maut dalam keganasan yang dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin, sejak awal tahun ini.
Angka itu termasuk pejuang serta orang awam dan di pihak Israel pula tiga anggota minoriti Arab.
Israel menduduki secara haram Tebing Barat sejak 1967.
Sumber: Berita Harian