Connect with us

Antarabangsa

Selepas lebih 110 tahun, Jepun akhirnya naikkan umur persetujuan seksual kepada 16 tahun

Jepun akhirnya menaikkan umur persetujuan seksual kepada 16 tahun, pindaan pertama dilakukan sejak undang-undang berkenaan seksual digubal pada 1907.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Selepas lebih 110 tahun, Jepun akhirnya naikkan umur persetujuan seksual kepada 16 tahun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jepun akhirnya menaikkan umur persetujuan seksual dari 13 tahun kepada 16 tahun.
  • Ia merupakan pindaan pertama dilakukan sejak undang-undang berkenaan seksual digubal pada 1907.
  • Pindaan itu dilakukan susulan peningkatan bantahan awam terhadap pembebasan pendera seksual yang kerap berlaku di negara itu
  • Sebelum ini, Jepun menetapkan umur persetujuan seksual pada 13 tahun, antara yang terendah jika dibandingkan negara maju lain.

Jepun akhirnya menaikkan umur persetujuan seksual kepada 16 tahun, pindaan pertama dilakukan sejak undang-undang berkenaan seksual digubal pada 1907.

Memetik laporan Washington Post, pindaan itu dilakukan susulan peningkatan bantahan awam terhadap pembebasan pendera seksual yang kerap berlaku di negara itu

Selain itu, peningkatan kejadian pengambilan gambar dan video seksual orang awam tanpa kebenaran turut menggesa kerajaan meminda undang-undang tersebut
“Ia masih jauh daripada realiti jenayah seks dan hanya menyelesaikan di bahagian permukaan sahaja. Saya sangat berharap undang-undang akan mengejar realiti dengan segera,” kata pengasas kumpulan mangsa keganasan seksual Be Brave Japan, Ikuko Ishida.

Jepun adalah masyarakat yang didominasi lelaki dengan kurang perwakilan wanita dalam kedudukan pembuat keputusan.

Kerajaan Jepun dikendalikan lelaki yang kebanyakannya lebih tua, konservatif dan elit.

Oleh itu, mereka lambat menerima perubahan yang melibatkan kebajikan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Peguam bela hak asasi manusia dan pakar berkata undang-undang jenayah seksual yang lemah di Jepun memburukkan lagi masalah keinginan seksual terhadap golongan muda.

“Hakikat yang umur persetujuan ditetapkan pada 13 tahun mewujudkan tanggapan masyarakat yang remaja bermula dari 13 tahun boleh dieksploitasi secara seksual dan dilihat secara seksual,” kata seorang profesor undang-undang dan pakar keganasan seksual di Universiti Chiba, Hiroko Goto.

“Ia telah mewujudkan budaya dan tanggapan yang remaja mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan mengenai persetujuan seksual, dan oleh itu orang ramai tidak mempersoalkan eksploitasi seksual mereka,” katanya.

Sebelum ini, Jepun menetapkan umur persetujuan seksual pada 13 tahun, antara yang terendah jika dibandingkan negara maju lain.

Undang-undang itu menjadi tumpuan pada 2019 apabila beberapa defendan yang didakwa dengan jenayah seksual telah dibebaskan.

Kes paling mengejutkan adalah di Nagoya di mana seorang lelaki dibebaskan dari pertuduhan merogol anak perempuannya ketika dia berumur antara 14 dan 19 tahun.

Sumber: Washington Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *