Antarabangsa
(VIDEO) Sekumpulan pelampau Hindutva serang kedai Muslim di Purola
Ketegangan perkauman memuncak di bandar Purola di daerah Uttarkashi di Uttarakhand, India apabila sekumpulan samseng Hindutva menyerang pekedai Muslim.
- Ketegangan perkauman memuncak di bandar Purola di daerah Uttarkashi di Uttarakhand, India apabila sekumpulan samseng Hindutva menyerang pekedai Muslim.
- Sebuah video yang tular di Twitter itu menunjukkan sekumpulan pelampau Hindu menjerit “Jai Shri Ram” dan menyerang pintu kedai Muslim yang berkunci menggunakan kayu.
- Menerusi video itu, pintu kedai dilihat tertutup sepanjang kekacauan sehingga pegawai polis datang dan memaksa penyerang pergi.
Ketegangan perkauman memuncak di bandar Purola di daerah Uttarkashi di Uttarakhand, India apabila sekumpulan samseng Hindutva menyerang pekedai Muslim.
Menurut laporan The Siasat Daily, sebuah video yang tular di Twitter itu menunjukkan sekumpulan pelampau Hindu menjerit “Jai Shri Ram” dan menyerang pintu kedai Muslim yang berkunci menggunakan kayu.
Menerusi video itu, pintu kedai terbabit dilihat tertutup sepanjang kekacauan sehingga pegawai polis datang dan memaksa penyerang pergi.
View this post on Instagram
Purola terperangkap di bawah jaringan perkauman sejak 26 Mei lalu apabila dakwaan cubaan menculik seorang gadis Hindu bawah umur oleh dua lelaki, seorang daripada mereka didakwa beragama Islam, digagalkan penduduk tempatan.
Insiden itu dikaitkan dengan ‘jihad cinta’, teori konspirasi pelampau Hindu yang mendakwa lelaki Islam memikat wanita Hindu, memerangkap dan menukar agama mereka.
Tidak lama selepas itu, polis menahan Ubed Khan, 24, seorang pekedai tempatan dan seorang mekanik motosikal, Jitender Saini, 23, pada 27 Mei lalu.
“Arahan telah diberikan kepada polis untuk bertindak tegas terhadap mereka yang bersalah dalam kes ‘jihad cinta’.
“Mereka juga diminta untuk melakukan pengesahan dari semasa ke semasa untuk melihat orang terdahulu yang datang dari luar dan menetap di sini,” katanya.
Dalam pada itu, terdapat protes di Barkot, Chinyalisaur dan Bhatwari.
Susulan insiden itu, ramai peniaga Muslim dilaporkan meninggalkan daerah Uttarkashi akibat ketakutan.
Sumber: The Siasat Daily