Connect with us

Antarabangsa

Profesor samakan tudung pelajar Muslim dengan simbol swastika neo-Nazi

Seorang pelajar wanita Muslim bertudung di Bonn-Rhein-Sieg University, Jerman, menerima hinaan berbaur perkauman dari profesornya.

A.R. Khan

Published

on

Profesor samakan tudung pelajar Muslim dengan simbol swastika neo-Nazi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang pelajar wanita Muslim bertudung di Bonn-Rhein-Sieg University, Jerman, menerima hinaan berbaur perkauman dari profesornya.
  • Profesor kepada Gulsen Kurt itu bertindak membandingkan tudung pelajar wanita itu dengan simbol swastika neo-Nazi.
  • “Profesor itu berkata dia tidak akan membenarkan pelajar memakai tudung untuk menghadiri kelas, sama sepertimana dia tidak akan membenarkan seorang neo-Nazi memakai simbol swastika,” kata Gulsen Kurt dipetik agensi berita Anadolu.
  • Peguam mewakili Gulsen, Fatih Zingal menyebut hak memakai tudung bagi wanita Muslim adalah termaktub dalam Artikel 4 Perlembagaan Jerman, yang menjanjikan kebebasan beragama.
  • Insiden itu merupakan insiden terkini Islamofobia dan jenayah kebencian di Jerman, khususnya berkaitan tudung wanita.

Seorang pelajar wanita Muslim bertudung di Bonn-Rhein-Sieg University, Jerman, menerima hinaan berbaur perkauman dari profesornya.

Profesor kepada Gulsen Kurt itu bertindak membandingkan tudung pelajar wanita itu dengan simbol swastika neo-Nazi.

“Profesor itu berkata dia tidak akan membenarkan pelajar memakai tudung untuk menghadiri kelas, sama sepertimana dia tidak akan membenarkan seorang neo-Nazi memakai simbol swastika,” kata Gulsen Kurt dipetik agensi berita Anadolu.

Gulsen turut ditengking “kamu seorang Islamofasis”.

Profesor itu juga mengugut melaporkan Gulsen (kerana bertudung) kepada direktorat (badan pengarah) universiti.

Terkejut dengan apa dikatakan profesor itu, Gulsen berkata ramai pelajar bertindak meninggalkan kelas sebagai tanda protes.

Peguam mewakili Gulsen, Fatih Zingal menyebut hak memakai tudung bagi wanita Muslim adalah termaktub dalam Artikel 4 Perlembagaan Jerman, yang menjanjikan kebebasan beragama.

Insiden itu merupakan insiden terkini kes Islamofobia dan jenayah kebencian di Jerman, khususnya berkaitan tudung wanita.

Gulsen berkata badan pengarah universiti memohon maaf atas insiden hinaan perkauman itu dan menegaskan sikap ditonjolkan pensyarah terbabit tidak disokong pentadbiran universiti.

Berdasarkan data rasmi, Jerman merupakan negara kedua teramai penduduk Muslim di Eropah Barat selepas Perancis dengan populasi Muslim seramai lima juta orang.

Sumber: Anadolu

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending