Connect with us

Terkini

Pendekatan holistik diperlukan untuk tangani jenayah siber

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata satu pendekatan keselamatan siber yang holistik diperlukan merangkumi orang ramai, proses dan teknologi dalam usaha menangani isu serangan siber di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Pendekatan holistik diperlukan untuk tangani jenayah siber
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata satu pendekatan keselamatan siber yang holistik diperlukan merangkumi orang ramai, proses dan teknologi dalam usaha menangani isu serangan siber di negara ini. 
  • Katanya, secara purata, Malaysia mencatat 84 juta serangan siber sehari pada suku keempat 2022 di mana serangan siber itu termasuk penipuan, taktik kejuruteraan sosial, pancingan data, perisian hasad/perisian tebusan, nafi khidmat dan pengintipan siber. 
  • “Kerugian kewangan dan kerosakan reputasi yang disebabkan oleh internet serta penipuan secara dalam talian, perisian tebusan dan kes peras ugut adalah besar. 
  • “Adalah jelas bahawa tiada organisasi yang boleh mendakwa 100 peratus selamat dalam landskap yang semakin berkembang ini”, katanya ketika berucap pada Persidangan Surf’s Up: A Digital Literacy and Online Safety di sini pada hari Khamis lalu. 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata satu pendekatan keselamatan siber yang holistik diperlukan merangkumi orang ramai, proses dan teknologi dalam usaha menangani isu serangan siber di negara ini.

Beliau berkata justeru, fokus hendaklah dialih daripada cuba mencegah serangan siber sepenuhnya kepada menyusun strategi serta meminimumkan impak apabila ia berlaku.

Katanya, secara purata, Malaysia mencatat 84 juta serangan siber sehari pada suku keempat 2022.

Fahmi berkata serangan siber itu termasuk penipuan, taktik kejuruteraan sosial, pancingan data, perisian hasad/perisian tebusan, nafi khidmat dan pengintipan siber.

“Kerugian kewangan dan kerosakan reputasi yang disebabkan oleh internet serta penipuan secara dalam talian, perisian tebusan dan kes peras ugut adalah besar.

“Adalah jelas bahawa tiada organisasi yang boleh mendakwa 100 peratus selamat dalam landskap yang semakin berkembang ini”, katanya ketika berucap pada Persidangan Surf’s Up: A Digital Literacy and Online Safety di sini pada hari Khamis lalu.

Beliau juga menggalakkan pengamal dan pengguna dalam talian untuk lebih bertanggungjawab dalam landskap siber yang semakin berkembang dengan mendidik diri sendiri serta mengguna pakai amalan digital yang selamat.

Advertisement

Fahmi dan timbalannya, Teo Nie Ching turut menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Keselamatan Digital oleh Tiktok dengan diketuai Content Forum yang membolehkan kedua-dua platform berganding bahu mempertingkat keselamatan dalam talian.

Melalui ikrar itu, organisasi terbabit komited untuk mengutamakan kesejahteraan pengguna, melaksanakan dasar sederhana yang berkesan dan terus berusaha mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat.

“Ini adalah kali pertama platform seperti TikTok komited ke arah mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat dan saya harap platform media sosial lain akan mengikutinya.

“Dengan ini kita mampu menyelesaikan masalah seperti penipuan, berita palsu dan penyebaran maklumat tidak benar supaya kita boleh menjadi #SaferTogether”, kata Fahmi.

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending