Antarabangsa
(VIDEO) Pelarian Syria Kristian tikam kanak-kanak di taman permainan di Perancis
Empat kanak-kanak dan dua dewasa cedera ditikam di sebuah taman permainan di Annecy, Perancis.
Empat kanak-kanak dan dua dewasa cedera ditikam di sebuah taman permainan di Annecy, Perancis.
Memetik laporan Mirror, insiden itu berlaku pada Khamis sekitar jam 7.45 pagi waktu tempatan.
Pelaku dikenal pasti sebagai Abdalmasih ,32, seorang pelarian dari Syria yang mendakwa dirinya penganut Kristian.
Menerusi satu klip video, Abdalmasih dilihat berlegar-legar di sekitar taman permainan memegang sebilah pisau.
View this post on Instagram
Menurut saksi, Abdalmasih melaungkan ayat “dengan nama Jesus Christ” dan menikam seorang kanak-kanak di dalam kereta sorong bayi berulang kali.
Seorang wanita kemudian dilihat menolaknya dan bergegas memeriksa kanak-kanak itu, sebelum dia dikejar beberapa lelaki dewasa.
Abdalmasih ditahan hanya empat minit selepas kejadian memandangkan ada pegawai polis yang sedang membuat rondaan berdekatan taman itu.
Ketika ditahan, dia membawa salib dan buku doa Kristian.
Mangsa kanak-kanak terdiri dari mereka berusia 22 bulan, dua lagi berusia dua tahun, manakala seorang lagi merupakan kanak-kanak perempuan warga Britain berusia tiga tahun.
Pendakwa raya Annecy, Line Bonnet-Mathis mengesahkan tiga mangsa, termasuk kanak-kanak perempuan dari Britain itu, sedang kritikal dan masih di bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.
Sumber: Mirror