Connect with us

Antarabangsa

Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan

Liputan media terhadap bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tidak lagi dipaparkan di semua saluran berita arus perdana negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan
Foto: Bekas perdana menteri Pakistan, Imran Khan.
  • Liputan media terhadap bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tidak lagi dipaparkan di semua saluran berita arus perdana negara itu.
  • Menurut laporan media antarabangsa, ini selepas pengawal selia media Pakistan mengeluarkan arahan demikian bagi mengelakkan tercetusnya rusuhan, seperti yang berlaku susulan penahanan beliau bulan lalu.
  • Pihak Berkuasa Kawal Selia Media Elektronik Pakistan (PEMRA) meminta pemegang lesen televisyen memastikan tiada individu terlibat dengan rusuhan itu dipaparkan dalam media.
  • Liputan berita mengenai bekas perdana menteri itu, yang merupakan pemimpin paling popular Pakistan, tidak lagi disiarkan, hinggakan nama dan gambarnya juga tidak kelihatan.

Liputan media terhadap bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tidak lagi dipaparkan di semua saluran berita arus perdana negara itu.

Menurut laporan media antarabangsa, ini selepas pengawal selia media Pakistan mengeluarkan arahan demikian bagi mengelakkan tercetusnya rusuhan, seperti yang berlaku susulan penahanan beliau bulan lalu.

Pihak Berkuasa Kawal Selia Media Elektronik Pakistan (PEMRA) meminta pemegang lesen televisyen memastikan tiada individu terlibat dengan rusuhan itu dipaparkan dalam media.

Liputan berita mengenai bekas perdana menteri itu, yang merupakan pemimpin paling popular Pakistan, tidak lagi disiarkan, hinggakan nama dan gambarnya juga tidak kelihatan.

Malah, sebutan namanya juga telah hilang dari laman web berita.

Sejak sekian lama, Imran menjadi ahli politik yang paling banyak mendapat liputan siaran di Pakistan.

Lazimnya, ucapan dan perhimpunannya mendapat liputan dan tontonan meluas.

Larangan itu dibuat di tengah-tengah tindakan keras terhadap Imran sementara berpuluh-puluh ahli parti serta penyokongnya ditangkap.

Beliau telah ditangkap atas tuduhan rasuah tetapi dibebaskan dua hari kemudian selepas mahkamah menganggap cara penahanannya menyalahi undang-undang.

Beliau masih diikat jamin, tetapi menghadapi berpuluh-puluh kes.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *