Connect with us

Terkini

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 – SPAN

Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 – SPAN
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.
  • Pengarah Bahagian Operasi Wilayah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Azrul Raimee Ramli berpandangan sedemikian selepas mengambil kira laporan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) selain situasi fenomena pemanasan global pada masa kini.
  • “Apabila kita sebut krisis bekalan air ini bermakna tiada bekalan air kepada pengguna dalam tempoh yang panjang seperti apa yang berlaku pada tahun 1998 akibat penyusutan beberapa empangan utama dalam negara.
  • “Berdasarkan pemantauan SPAN berhubung status semasa bagi 43 empangan air di seluruh negara, setakat ini mendapati hampir keseluruhan empangan berada pada paras melebihi 90 peratus dan hanya tujuh empangan yang sedang dipantau berikutan terdapat penurunan paras air hampir 50 peratus, namun ia tidak melebihi paras amaran,” katanya.


KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Pengarah Bahagian Operasi Wilayah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Azrul Raimee Ramli berpandangan sedemikian selepas mengambil kira laporan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) selain situasi fenomena pemanasan global pada masa kini.

“Apabila kita sebut krisis bekalan air ini bermakna tiada bekalan air kepada pengguna dalam tempoh yang panjang seperti apa yang berlaku pada tahun 1998 akibat penyusutan beberapa empangan utama dalam negara.

“Berdasarkan pemantauan SPAN berhubung status semasa bagi 43 empangan air di seluruh negara, setakat ini mendapati hampir keseluruhan empangan berada pada paras melebihi 90 peratus dan hanya tujuh empangan yang sedang dipantau berikutan terdapat penurunan paras air hampir 50 peratus, namun ia tidak melebihi paras amaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai krisis bekalan air negara ketika musim panas pada program Ruang Bicara terbitan BernamaTV, hari ini.

Menurutnya, tujuh empangan berkenaan ialah Empangan Timah-Tasoh, Perlis; Empangan Air Itam dan Teluk Bahang, Pulau Pinang; Empangan Sungai Muda, Empangan Maulud, Kedah; Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Sembrong, Johor.

Pada masa yang sama, katanya, bagi memastikan bekalan air baik dan teratur, SPAN sentiasa laksanakan pemantauan empangan utama di Semenanjung dan telah menyediakan pelan kesiapsiagaan melibatkan kerjasama pelbagai pihak dan operator air.

Mengulas sekiranya berlaku krisis bekalan air seperti yang pernah terjadi pada 1998, Azrul berkata kerajaan boleh melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (A kta 655) bagi mengehadkan kadar penggunaan untuk kegunaan penting demi kelangsungan bekalan air.

“Selain itu, kita akan lihat pada keperluan untuk melaksanakan catuan bekalan air ataupun bekalan air berjadual… dalam situasi ini pihak operator air dan kerajaan negeri perlu bersama-sama untuk melaksanakan catuan air.

“Kita harap ia tidak berlaku, sekiranya berlaku seperti tahun 1998, untuk memastikan bekalan air di empangan dan sungai kita bertahan lebih lama, ia mungkin keperluan terakhir,” katanya. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *