Antarabangsa
Negara Asia Barat beri amaran tindakan bakar Quran bangkitkan perasaan marah umat Islam seluruh dunia
Beberapa negara di Asia Barat semalam, mengutuk tindakan lelaki warga Iraq yang menetap di Sweden membakar al-Quran, selain memberi amaran ia ‘membangkitkan’ perasaan marah umat Islam di seluruh dunia.

- Beberapa negara di Asia Barat semalam, mengutuk tindakan lelaki warga Iraq yang menetap di Sweden membakar al-Quran, selain memberi amaran ia ‘membangkitkan’ perasaan marah umat Islam di seluruh dunia.
- Misalnya, Penasihat Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar Gargash menerusi ciapannya di Twitter menggesa Barat ‘meneliti sistem nilainya yang tidak boleh diguna pakai di peringkat antarabangsa’.
- Kuwait pula menggesa pelaku diadili dan ‘dihalang menggunakan prinsip kebebasan sebagai muslihat untuk mewajarkan permusuhan terhadap Islam atau mana-mana agama’.
- Jurucakap Kementerian Luar Tehran, Nasser Kanani berkata, “Kerajaan Sweden perlu serius mempertimbang prinsip tanggungjawab dan akauntabiliti serta menghalang tindakan menghina kesucian al-Quran daripada berulang lagi.”
BAGHDAD: Beberapa negara di Asia Barat semalam, mengutuk tindakan lelaki warga Iraq yang menetap di Sweden membakar al-Quran, selain memberi amaran ia ‘membangkitkan’ perasaan marah umat Islam di seluruh dunia.
Ia adalah kejadian kedua selepas seorang pelampau sayap kanan Sweden-Denmark membakar al-Quran, berhampiran Kedutaan Turkiye di Stockholm yang turut mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, pada Januari lalu.
Kementerian Luar Iraq mengutuk keputusan pihak berkuasa Sweden membenarkan ‘pelampau’ itu membakar al-Quran dan menegaskan ia mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia serta mencetus provokasi berbahaya.
Ulama Syiah terkenal Iraq, Moqtada Sadr, menggesa demonstrasi di luar Kedutaan Sweden di Baghdad bagi menuntut penyingkiran dutanya, selain mendakwa Stockholm ‘memusuhi Islam’.
Ia turut mengundang kecaman Iran yang menyifatkannya sebagai ‘provokatif, tindakan sewenang-wenangnya dan tidak boleh diterima’.
Jurucakap Kementerian Luar Tehran, Nasser Kanani, berkata kerajaan dan rakyat Iran tidak akan bertoleransi dan mengutuk tindakan menghina itu.
“Kerajaan Sweden perlu serius mempertimbang prinsip tanggungjawab dan akauntabiliti serta menghalang tindakan menghina kesucian al-Quran daripada berulang lagi,” katanya.
Kementerian Luar Arab Saudi juga mengecam tindakan membakar al-Quran, selain menegaskan pengulangan tindakan biadap itu tidak boleh diterima sama sekali.
Mesir pula menyifatkannya sebagai ‘memalukan dan mengguris perasaan umat Islam’ ketika meraikan sambutan Aidiladha, manakala Kaherah menegaskan tindakan itu ‘menghina teras akidah umat Islam’.
Penasihat Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar Gargash menerusi ciapannya di Twitter menggesa Barat ‘meneliti sistem nilainya yang tidak boleh diguna pakai di peringkat antarabangsa’.
Kuwait pula menggesa pelaku diadili dan ‘dihalang menggunakan prinsip kebebasan sebagai muslihat untuk mewajarkan permusuhan terhadap Islam atau mana-mana agama’.
Ia turut mengundang kecaman daripada enam negara anggota Majlis Kerjasama Teluk dan Maghribi yang bertindak memanggil balik dutanya ke Stockholm, manakala Kerajaan Syria mengecam tindakan dilakukan ‘pelampau dengan kebenaran dan persetujuan Kerajaan Sweden’ ketika umat Islam meraikan Aidiladha.
Seramai 57 anggota Pertubuhan Kerjasama Islam pula menggesa ‘langkah berkesan bagi mencegah kejadian itu berulang’, manakala Hizbullah menuduh pihak berkuasa Sweden ‘bersubahat dalam jenayah terbabit’.
Kementerian Luar Palestin juga mengutuk ‘serangan terang-terangan terhadap hak asasi manusia, nilai toleransi, penerimaan orang lain, demokrasi dan kewujudan bersama secara aman dalam kalangan penganut semua agama’.
Kerajaan Afghanistan yang menguatkuasakan tafsiran ketat terhadap al-Quran dan undang-undang Islam, juga bertindak balas dengan melabelkan tindakan terbabit ‘menghina Islam’.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas