Connect with us

Antarabangsa

Midfielder Pakistan, Amina Hanif kongsi pengalaman berhijab atas padang

Pemain tengah (Midfielder) Pakistan, Amina Hanif yang kini mewakili Chesham United berkongsi pengalaman bermain bola sepak sambil bertudung.

Fariesha Amirnudin

Published

on

Midfielder Pakistan, Amina Hanif kongsi pengalaman berhijab atas padang
Foto: Pemain tengah (Midfielder) Pakistan, Amina Hanif (kiri).
  • Pemain tengah Pakistan, Amina Hanif yang kini mewakili Chesham United berkongsi pengalaman bermain bola sepak sambil bertudung.
  • Menurut laporan Geo News, Amina berkongsi, pada mulanya, sukar untuk dia bermain dengan tudung tetapi keadaan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.
  • Amina, yang baru-baru ini membuat penampilan sulung untuk Pakistan, mahu menjadi inspirasi untuk gadis muda bermain bola sepak.
  • “Komuniti Pakistan di United Kingdom (UK) tidak diiktiraf dalam banyak sukan. Tetapi dengan menjadi sebahagian daripada pasukan, saya berharap ini akan memberi inspirasi kepada gadis lain untuk mengambil bahagian dalam sukan dan mengikuti minat mereka di Pakistan dan UK,” katanya.

Pemain tengah (Midfielder) Pakistan, Amina Hanif yang kini mewakili Chesham United berkongsi pengalaman bermain bola sepak sambil bertudung.

“Saya pernah terfikir yang saya sangat menyerlah ketika memakai tudung dan itu menurunkan keyakinan dan mengalih perhatian saya daripada permainan,” kata Amina kepada The Guardian.

Amina berkongsi, pada mulanya, sukar untuk dia bermain dengan tudung tetapi keadaan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

“Lama kelamaan, sesuatu berlaku dan saya berhenti mengambil berat tentang segala-galanya. Rasa sangat lega apabila tiada apa-apa menjejaskan anda,” katanya.

Amina, yang baru-baru ini membuat penampilan sulung untuk Pakistan, mahu menjadi inspirasi untuk gadis muda bermain bola sepak.

“Saya suka menjadi berbeza, hijab itu bermaksud saya lebih menonjol di atas padang. Satu-satunya cabaran dihadapi pada masa kini adalah memperbetulkan semula tudung selepas menanduk bola atau menyembunyikan pin daripada pengadil sebelum perlawanan. 

“Saya ditawarkan tudung berjenama Nike, tetapi saya mengharapkan tudung saya sendiri menjadi ikonik,” katanya.

“Matlamat saya adalah untuk bermain di peringkat tertinggi. Bagaimanapun, saya tidak pernah mendengar banyak cerita tentang pasukan wanita Pakistan sehingga peluang itu datang. Ia menunjukkan bahawa anda tidak pernah benar-benar tahu ke mana kehidupan akan membawa anda.

“Komuniti Pakistan di United Kingdom (UK) tidak diiktiraf dalam banyak sukan. Tetapi dengan menjadi sebahagian daripada pasukan, saya berharap ini akan memberi inspirasi kepada gadis lain untuk mengambil bahagian dalam sukan dan mengikuti minat mereka di Pakistan dan UK,” katanya.

Dia juga menyokong bakat tempatan di Pakistan untuk menjadi baik jika ada sistem bola sepak yang betul.

“Pakistan mempunyai populasi yang begitu besar dan percayalah saya, ada bakat di luar sana, iaitu lelaki dan perempuan. Sayang sekali tiada persediaan sebenar atau peninjauan di tempat mereka. 

“Saya harap dengan membawa lebih banyak kejayaan bersama pasukan kebangsaan, wanita lain akan merasakan masa dan usaha mereka berbaloi untuk mengejar impian mereka,” kata Amina.

Sumber: Geo News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending