Antarabangsa
Mahkamah Jepun putuskan tidak membenarkan perkahwinan sejenis
Mahkamah Daerah Fukuoka di Jepun hari ini memutuskan tidak membenarkan perkahwinan sejenis kerana ia ‘tidak mengikut perlembagaan’, kata penyiar awam NHK.
- Mahkamah Daerah Fukuoka di Jepun hari ini memutuskan tidak membenarkan perkahwinan sejenis kerana ia ‘tidak mengikut perlembagaan’, kata penyiar awam NHK.
- Keputusan itu dibuat seminggu selepas mahkamah daerah lain berkata adalah bercanggah dengan perlembagaan untuk tidak membenarkan, sekaligus memberi tamparan hebat kepada aktivis hak LGBTQ di Jepun, satu-satunya negara Kumpulan Tujuh tanpa perlindungan undang-undang untuk kesatuan sesama jantina.
- Lima ketetapan mengenai perkahwinan sejenis kini sudah diputuskan di seluruh Jepun.
- Keputusan Tokyo adalah serupa, menyokong larangan perkahwinan sejenis tetapi mengatakan bahawa kekurangan perlindungan undang-undang untuk keluarga sejenis melanggar hak asasi manusia.
TOKYO: Mahkamah Daerah Fukuoka di Jepun hari ini memutuskan tidak membenarkan perkahwinan sejenis kerana ia ‘tidak mengikut perlembagaan’, kata penyiar awam NHK.
Keputusan itu dibuat seminggu selepas mahkamah daerah lain berkata adalah bercanggah dengan perlembagaan untuk tidak membenarkan, sekaligus memberi tamparan hebat kepada aktivis hak LGBTQ di Jepun, satu-satunya negara Kumpulan Tujuh tanpa perlindungan undang-undang untuk kesatuan sesama jantina.
Lima ketetapan mengenai perkahwinan sejenis kini sudah diputuskan di seluruh Jepun.
Keputusan Tokyo adalah serupa, menyokong larangan perkahwinan sejenis tetapi mengatakan bahawa kekurangan perlindungan undang-undang untuk keluarga sejenis melanggar hak asasi manusia.
Tinjauan pendapat menunjukkan kira-kira 70 peratus orang ramai menyokong perkahwinan sejenis, tetapi parti pemerintah konservatif Perdana Menteri, Fumio Kishida menentangnya.
Kishida kekal tidak komited mengenai isu itu walaupun terdapat tekanan kuat daripada negara G7 lain, terutama Amerika Syarikat menjelang Jepun menganjurkan sidang kemuncak pemimpin G7 bulan lalu. – REUTERS
Sumber: Berita Harian