Connect with us

Terkini

Kempen “Perangi sami palsu” di Butterworth

Sekumpulan pemuda beragama Buddha mengedarkan risalah kesedaran tentang usaha “Perangi sami palsu” di pasar dan kedai kopi Butterworth. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kempen “Perangi sami palsu” di Butterworth
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan pemuda beragama Buddha mengedarkan risalah kesedaran tentang usaha “Perangi sami palsu” di pasar dan kedai kopi Butterworth. 
  • Sami yang betul tidak boleh meminta sedekah dari meja ke meja dan hanya boleh berdiri di satu lokasi tetap dan menunggu orang beri sedekah. 
  • Mereka hanya boleh menerima makanan sedekah dalam mangkuk yang dibawa dan tidak boleh menerima duit.

Sekumpulan pemuda beragama Buddha mengedarkan risalah kesedaran tentang usaha “Perangi sami palsu” di pasar dan kedai kopi Butterworth. 

Menurut Sin Chew Daily, kumpulan enam pemuda diketuai Liu Jun Bin itu membantu Penang Harmony Corporation Sdn Bhd (HARMONICO) mengedarkan risalah itu di tempat-tempat sasaran sami palsu. 

Liu berkata mereka berjaya menghalau seorang sami palsu dan seorang biksuni palsu dałam program itu.

Katanya, sami yang betul tidak boleh meminta sedekah dari meja ke meja dan hanya boleh berdiri di satu lokasi tetap dan menunggu orang beri sedekah. 

Mereka hanya boleh menerima makanan sedekah dalam mangkuk yang dibawa dan tidak boleh menerima duit.

Rata-rata masyarakat tempatan sedar mereka tidak boleh memberi duit kepada sami. 

Namun terdapat sami dan biksuni palsu enggan beredar dari tempat itu sehingga masyarakat memberi seringgit dua kepada mereka, kata Liu.

Foto: Risalah “Perangi sami palsu”.

Dalam risalah yang diedarkan juga tertera tatatertib seorang sami meminta sedekah, antaranya;

  1. Mereka hanya boleh melihat pada mangkuk sedekah.
  2. Mereka tidak boleh meminta sesuatu daripada orang.
  3. Mereka tidak boleh memegang barang-barang seperti tasbih dan azimat.
  4. Mereka tidak boleh meminta wang.
  5. Mereka tidak boleh meminta sedekah selepas waktu tengah hari.

Sumber: Sin Chew Daily

Author