Connect with us

Antarabangsa

Kempen ‘menakutkan’ umat Islam sekat kebebasan beragama di China

Pertembungan antara polis dan penduduk minggu lalu berhubung cubaan pihak berkuasa tempatan merobohkan sebahagian masjid di wilayah Yunnan mencetuskan kebimbangan antarabangsa mengenai kesan rancangan lima tahun kerajaan China.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kempen 'menakutkan' umat Islam sekat kebebasan beragama di China
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertembungan antara polis dan penduduk minggu lalu berhubung cubaan pihak berkuasa tempatan merobohkan sebahagian masjid di wilayah Yunnan mencetuskan kebimbangan antarabangsa mengenai kesan rancangan lima tahun kerajaan China.
  • Menurut laporan DW, langkah  itu bertujuan untuk ‘menakutkan’ umat Islam di seluruh China.
  • Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masjid di Ningxia, Gansu, Henan dan Beijing menyaksikan kubah dan menara mereka dirobohkan pihak berkuasa tempatan dan digantikan dengan bumbung berunsurkan tradisi Cina.

Pertembungan antara polis dan penduduk minggu lalu berhubung cubaan pihak berkuasa tempatan merobohkan sebahagian masjid di wilayah Yunnan mencetuskan kebimbangan antarabangsa mengenai kesan rancangan lima tahun kerajaan China.

Menurut laporan DW, langkah itu bertujuan untuk menakutkan umat Islam di seluruh China.

Berpuluh-puluh anggota polis dengan perisai rusuhan dan cota dilihat menolak sekumpulan penduduk tempatan yang marah dan membaling objek ke arah mereka di luar masjid Najiaying di bandar Nagu, China menerusi satu rakaman video.

Video berkenaan tidak lama kemudian dialih keluar daripada platform media sosial di China.

Kerajaan China turut mengeluarkan notis pada 28 Mei lalu, mengarahkan mereka terlibat dalam pertembungan itu untuk “menghentikan serta-merta semua perbuatan yang menyalahi undang-undang dan jenayah”.

Dengan jumlah penduduk tempatan ditahan polis yang tidak dinyatakan, aktivis Hui Muslim (kumpulan etnik Cina) yang tinggal di luar negara memberitahu DW bahawa pihak berkuasa masih menggesa sesiapa yang terlibat dalam pertempuran itu untuk menyerahkan diri sambil berikrar untuk merobohkan kubah dan menara dari masjid seperti yang dirancang.

“Penduduk tempatan tegas membantah usaha kerajaan untuk merobohkan struktur penting masjid dan pihak berkuasa tempatan tidak menarik balik polis yang dikerahkan untuk membantu menangani insiden minggu lalu,” kata Ma Ju, seorang tokoh aktivis Hui yang tinggal di Amerika Syarikat yang mengikuti rapat keadaan di Yunnan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masjid di Ningxia, Gansu, Henan dan Beijing menyaksikan kubah dan menara mereka dirobohkan pihak berkuasa tempatan dan digantikan dengan bumbung berunsurkan tradisi Cina.

Usaha itu adalah sebahagian rancangan kerajaan China untuk menakutkan umat Islam dan menghapuskan ‘pengaruh asing’ daripada agama itu.

Ia juga bagi memastikannya sejajar dengan nilai tradisional Cina yang digariskan kerajaan komunis China.

Sumber: DW

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *