Antarabangsa
Jemaah haji dilarang guna gas memasak berkuat kuasa semalam
Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah haji membawa dan menggunakan semua jenis dan saiz gas petroleum cecair (LPG), ke dalam khemah serta pejabat agensi kerajaan.
- Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah haji membawa dan menggunakan semua jenis dan saiz gas petroleum cecair (LPG), ke dalam khemah serta pejabat agensi kerajaan.
- Larangan berkenaan berkuat kuasa semalam yang menandakan hari pertama bulan Zulhijjah, bersamaan dengan 19 Jun 2023.
- Penguat kuasa menegaskan keputusan berkenaan langkah pencegahan yang dikenakannya untuk mengelakkan bahaya kebakaran di kem jemaah haji di Tanah Suci.
- Saudi Gazette melaporkan, keputusan berkenaan akan dilaksanakan dengan penyelarasan dengan pihak berkuasa keselamatan.
- Penguat kuasa berkata, semua bentuk silinder LPG, termasuk yang bersaiz kecil digunakan untuk memanaskan air, akan dirampas dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang melanggar larangan berkenaan.
RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah haji membawa dan menggunakan semua jenis dan saiz gas petroleum cecair (LPG), ke dalam khemah serta pejabat agensi kerajaan.
Larangan berkenaan berkuat kuasa semalam yang menandakan hari pertama bulan Zulhijjah, bersamaan dengan 19 Jun 2023.
Penguat kuasa menegaskan keputusan berkenaan langkah pencegahan yang dikenakannya untuk mengelakkan bahaya kebakaran di kem jemaah haji di Tanah Suci.
Saudi Gazette melaporkan, keputusan berkenaan akan dilaksanakan dengan penyelarasan dengan pihak berkuasa keselamatan.
Penguat kuasa berkata, semua bentuk silinder LPG, termasuk yang bersaiz kecil digunakan untuk memanaskan air, akan dirampas dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang melanggar larangan berkenaan.
Pasukan Penyeliaan Pencegahan dan Keselamatan Pertahanan Awam Arab Saudi akan melakukan pemantauan bagi memastikan larangan berkenaan dipatuhi di Mina, Muzdalifah dan Arafat melalui pemeriksaan lapangan yang turut meliputi semua pegawai agensi kerajaan dan pertubuhan komersial.
Sumber: Berita Harian