Antarabangsa
Imam Masjid Al-Aqsa seru umat Islam bersatu dan berpegang teguh dalam menyelesaikan isu Palestin
Imam Masjid Al-Aqsa, Syeikh Dr. Ekrima Sabri menyeru umat Islam dari seluruh dunia untuk bersatu dan berpegang teguh dalam menyelesaikan isu Palestin yang sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.
- Imam Masjid Al-Aqsa, Syeikh Dr. Ekrima Sabri menyeru umat Islam dari seluruh dunia untuk bersatu dan berpegang teguh dalam menyelesaikan isu Palestin yang sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.
- Beliau berkata perjuangan isu Palestin akan terus hidup dan tidak akan berakhir kerana ia adalah perjuangan mempertahankan akidah dan iman ummah, serta kewujudan Masjid Al-Aqsa di Palestin.
- “Seperti yang kita ketahui, rejim Israel telah melakukan pelbagai langkah untuk menghancurkan Baitulmaqdis. Langkah-langkah ini amat keras dan agresif, di mana mereka mengepung bandar itu dengan mengenakan pemeriksaan tentera dan membina penempatan haram, termasuk menghalang individu daripada memasukinya,” kata beliau.
KUALA LUMPUR — Imam Masjid Al-Aqsa, Syeikh Dr. Ekrima Sabri menyeru umat Islam dari seluruh dunia untuk bersatu dan berpegang teguh dalam menyelesaikan isu Palestin yang sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.
Beliau berkata perjuangan isu Palestin akan terus hidup dan tidak akan berakhir kerana ia adalah perjuangan mempertahankan akidah dan iman ummah, serta kewujudan Masjid Al-Aqsa di Palestin.
“Seperti yang kita ketahui, rejim Israel telah melakukan pelbagai langkah untuk menghancurkan Baitulmaqdis. Langkah-langkah ini amat keras dan agresif, di mana mereka mengepung bandar itu dengan mengenakan pemeriksaan tentera dan membina penempatan haram, termasuk menghalang individu daripada memasukinya,” kata beliau.
“Namun begitu, penduduk Baitulmaqdis tetap teguh mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa, walaupun ditindas oleh rejim Israel dengan kezaliman dan kekejaman,” katanya dalam temubual eksklusif dengan Bernama di Putrajaya baru-baru ini.
Beliau berkata demikian dalam lawatannya ke Malaysia untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Palestin, yang diadakan secara maya di Putrajaya, pada 17-18 Jun.
Menurut beliau, rakyat Palestin, walaupun mengalami penderitaan dan jerih yang berterusan, mengeluh tidak pernah ada dalam kamus hidup mereka.
Mengenai lawatannya ke Malaysia, Syeikh Dr. Ekrima merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas pendirian tegas dan sokongan berterusan kepada baitulmaqdis serta perjuangan Palestin.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuangkan setiap hak rakyat Palestin yang berpaksikan kepada keadilan dan menentang sebarang bentuk keganasan serta kekejaman.
Beliau juga berkata Malaysia menyokong penuh dalam merealisasikan aspirasi untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka, berdasarkan sempadan pra-1967 dan Baitulmuqaddis sebagai ibu kotanya. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia