Connect with us

Antarabangsa

Belia Palestin antara mangsa ‘bot maut’

Warga Palestin antara imigran yang dikenalpasti dalam tragedi bot karam sekitar 50 batu dari Pylos, Greece pada Rabu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Belia Palestin antara mangsa ‘bot maut’
Foto: Dua orang Lelaki memindahkan beg mayat yang membawa pendatang maut selepas bot mereka karam di Greece.
  • Warga Palestin antara imigran yang dikenalpasti dalam tragedi bot karam sekitar 50 batu dari Pylos, Greece pada Rabu lalu.
  • Tragedi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 80 individu, dianggarkan membawa ratusan yang lain, termasuk kanak-kanak, dikhuatiri lemas di dalam bot nelayan itu.
  • Hampir setiap minggu, imigran Palestin dibawa dari persisiran pantai Libya, Tunisia, Morocco atau Turkiye, karam sehingga mengorbankan nyawa.
  • Digelar ‘bot maut, muatan bot biasanya digandakan dan bila berlaku pertengkaran di antara pihak penyeludup dengan imigran, keputusan menenggelamkan bot dengan sengaja boleh berlaku.
  • Mukhaimer Abu Saada, seorang profesor sains politik di Al-Azhar Universiti di Gaza, mengatakan desakan ekonomi antara punca ramai belia sekitar 20-an berhijrah dari Gaza melalui bot.

Warga Palestin antara imigran yang dikenalpasti dalam tragedi bot karam sekitar 50 batu dari Pylos, Greece pada Rabu lalu.

Tragedi mengorbankan sekurang-kurangnya 80 individu, dianggarkan membawa ratusan yang lain, termasuk kanak-kanak, dikhuatiri lemas di dalam bot nelayan itu.

Hampir setiap minggu, imigran Palestin dibawa dari persisiran pantai Libya, Tunisia, Morocco atau Turkiye, karam sehingga mengorbankan nyawa, lapor Arab News.

Digelar ‘bot maut, muatan bot biasanya digandakan dan bila berlaku pertengkaran di antara pihak penyeludup dengan imigran, keputusan menenggelamkan bot dengan sengaja boleh berlaku.

Penasihat politik di Kementerian Luar Palestin, Ahmad Al-Deek berkata, mengira jumlah tepat warga Palestin yang terlibat dalam tragedi itu adalah sesuatu yang sukar.

Ini disebabkan ada dari kalangan mereka yang hilang atau ditahan pihak keselamatan pantai Greek dan Itali dan pihak terbabit pula tidak bekerjasama dengan kedutaan Palestin.

Walaupun keluarga Palestin dirayu memberi amaran kepada anak-anak mereka supaya tidak menjadi mangsa kumpulan penyeludupan, perkara itu tetap diabaikan, kata Ahmad.

Antara mereka yang menaiki bot-bot itu adalah remaja-remaja di Gaza yang tertekan untuk memulakan kehidupan.

Hamas mendakwa antara usaha mereka memberikan kesedaran adalah menerusi khutbah Jumaat disiarkan di masjid, radio, serta dialog di TV selain desakan ke atas negara luar mempertimbang pengambilan graduan-graduan dari Gaza.

Mukhaimer Abu Saada, seorang profesor sains politik di Al-Azhar Universiti di Gaza, mengatakan desakan ekonomi antara punca ramai belia sekitar 20-an berhijrah dari Gaza melalui bot.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *