Antarabangsa
AS kenakan sekatan ke atas bank rejim Myanmar
Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengenakan sekatan terhadap Kementerian Pertahanan dan dua bank terbesar dikuasai rejim Myanmar, ketika pentadbiran Presiden Joe Biden menyasarkan sumber pendapatan yang menyokong junta tentera dan keupayaannya untuk menindas rakyatnya, lapor UPI.

- Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap Kementerian Pertahanan dan dua bank terbesar dikuasai rejim Myanmar, ketika pentadbiran Presiden Joe Biden menyasarkan sumber pendapatan yang menyokong junta tentera dan keupayaannya untuk menindas rakyatnya.
- Kementerian Pertahanan Myanmar pula disenarai hitam kerana kawalannya terhadap angkatan bersenjata menindas rakyatnya dengan ganas, sejak merampas kerajaan dalam rampasan kuasa awal 2021.
- Sekatan itu dibuat ketika kumpulan masyarakat sivil Myanmar berulang kali menggesa bank-bank itu disenarai hitam dan langkah serupa wajar dikenakan terhadap industri gasnya.
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengenakan sekatan terhadap Kementerian Pertahanan dan dua bank terbesar dikuasai rejim Myanmar, ketika pentadbiran Presiden Joe Biden menyasarkan sumber pendapatan yang menyokong junta tentera dan keupayaannya untuk menindas rakyatnya, lapor UPI.
Dua bank itu, Myanma Foreign Trade Bank dan Myanma Investment and Commercial Bank disenarai hitam Perbendaharaan AS kerana membolehkan junta tentera melakukan transaksi pasaran asing.
Kementerian Pertahanan Myanmar pula disenarai hitam kerana kawalannya terhadap angkatan bersenjata yang menindas rakyatnya dengan ganas, sejak merampas kerajaan dalam rampasan kuasa awal 2021.
Dalam reaksinya, bank-bank yang disasarkan oleh pentadbiran Biden menukar mata wang tempatan kyat kepada dolar AS dan euro, yang menurut Perbendaharaan membenarkan perniagaan milik junta mengakses pasaran antarabangsa melalui akaun luar pesisir, sambil membenarkan entiti tentera yang dibenarkan membeli senjata dan bahan lain.
Sekatan itu dibuat ketika kumpulan masyarakat sivil Myanmar berulang kali menggesa bank-bank itu disenarai hitam dan langkah serupa wajar dikenakan terhadap industri gasnya.
Menurut Setiausaha Perbendaharaan untuk Keganasan dan Perisikan Kewangan Brain Nelson dalam satu kenyataan, rejim tentera memanfaatkan akses kerajaan ke pasaran antarabangsa untuk mengimport senjata dan bahan, termasuk daripada entiti Russia yang dikenakan sekatan untuk meneruskan keganasan dan penindasan.
Menurut Badan Pemantau Persatuan Bantuan bagi Tahanan Politik yang berpangkalan di Thailand berkata, 3,685 orang dibunuh oleh tentera sejak rampasan kuasa pada 1 Februari 2021.
Sementara itu, pemimpin pembangkang Myanmar yang hidup dalam buangan, pemangku Presiden Duwa Lashi La, mengalu-alukan sekatan AS namun menggesa agar lebih banyak sekatan dibuat.
Masyarakat antarabangsa mesti menghalang junta daripada menggunakan pasaran tukaran asing dan menyekat aliran pendapatan mereka seperti sektor minyak dan gas, tulisnya di Twitter.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas