Antarabangsa
Anak saudara sentuh bola kriket kasta atasan, jari lelaki Dalit dipotong di Gujarat
Tujuh lelaki kasta atasan didakwa menyerang seorang lelaki Dalit berusia 30 tahun dan memotong jarinya dalam insiden di daerah Patan di Gujarat pada Ahad, lapor Deccan Herald.
- Tujuh lelaki kasta atasan didakwa menyerang seorang lelaki Dalit berusia 30 tahun dan memotong jarinya dalam insiden di daerah Patan di Gujarat pada Ahad.
- Insiden itu berlaku selepas seorang kanak-kanak lelaki Dalit berusia lapan tahun mengambil bola kriket lelaki kasta atasan yang sedang bermain di kawasan sekolah.
- Bapa saudara kanak-kanak itu, Dhiraj Parmar kemudian menyanggah anak saudaranya dari dimarahi tertuduh di mana situasi itu berubah menjadi pertengkaran mulut, namun ditenteramkan selepas penduduk campur tangan.
- Seorang pegawai memberitahu PTI, lelaki kasta atasan itu membuat kenyataan melibatkan kasta Parmar, abangnya dan anak saudara mereka.
- Selepas pergaduhan itu, Dhiraj Parmar meninggalkan abangnya, Kirti Parmar di sebuah gerai teh di mana kesempatan itu diambil lelaki kasta atasan untuk menyerangnya dengan kayu dan pedang serta memotong ibu jari kirinya hingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
- Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.
Tujuh lelaki kasta atasan didakwa menyerang seorang lelaki Dalit berusia 30 tahun dan memotong jarinya dalam insiden di daerah Patan di Gujarat pada Ahad, lapor Deccan Herald.
Menurut laporan maklumat pertama (FIR), insiden itu berlaku selepas seorang kanak-kanak lelaki Dalit berusia lapan tahun mengambil bola kriket lelaki kasta atasan yang sedang bermain di kawasan sekolah.
FIR berkata salah seorang lelaki tertuduh, Kuldeepsinh Rajput, memarahi budak itu.
Bapa saudara kanak-kanak itu, Dhiraj Parmar menyanggahnya menyebabkan ia berubah menjadi pertengkaran mulut, namun ditenteramkan selepas penduduk campur tangan, lapor The Times of India.
Seorang pegawai memberitahu PTI, lelaki kasta atasan itu membuat kenyataan melibatkan kasta Parmar, abangnya dan anak saudara mereka.
Selepas pergaduhan itu, Dhiraj Parmar meninggalkan abangnya, Kirti Parmar di sebuah gerai teh dan di kesempatan itu lelaki kasta atasan tadi menyerangnya dengan kayu dan pedang serta memotong ibu jari kirinya hingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
Seorang penjaga kedai menghubungi Dhiraj Parmar, lalu membawa abangnya ke hospital dan keadaannya dilaporkan stabil, lapor The Times of India.
Superintendan Polis Vishakha Dabral berkata, dua daripada tujuh lelaki itu berjaya ditahan dan satu pasukan dibentuk untuk menangkap tertuduh lain.
Lelaki itu didakwa atas tuduhan merusuh, secara sukarela menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya, ugutan jenayah dan menggunakan kata-kata kesat, termasuk dengan peruntukan Akta Kasta Terjadual dan Suku Terjadual (Pencegahan Kekejaman) 1989.
Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.
Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.
Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India.
Sumber: Scroll In