Connect with us

Antarabangsa

Teknologi AI cetus ‘risiko kepupusan’ – Pakar

Sekumpulan pakar dan ketua industri memberi amaran dengan mendesak supaya pemimpin dunia berusaha untuk mengurangkan ‘risiko kepupusan’, kesan daripada teknologi kecerdasan buatan (AI).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Teknologi AI cetus 'risiko kepupusan' – Pakar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan pakar dan ketua industri memberi amaran dengan mendesak supaya pemimpin dunia berusaha untuk mengurangkan ‘risiko kepupusan’, kesan daripada teknologi kecerdasan buatan (AI).
  • Kenyataan itu ditandatangani oleh puluhan pakar, termasuk Sam Altman, pemilik firma OpenAI yang mencipta bot ChatGPT.
  • Altman berkata, menangani risiko daripada kesan AI perlu menjadi keutamaan dunia sama seperti isu masyarakat seperti wabak dan perang nuklear.
  • ChatGPT menjadi tumpuan sejak akhir tahun lalu, dengan kemudahan untuk menyediakan esei, puisi dan perbualan dengan pantas serta ringkas sehingga menjurus pelaburan berbilion dolar ke dalam bidang berkenaan.
  • Pengkritik dan pemain industri memberikan amaran kemudahan itu kemungkinan berisiko menyebabkan kehilangan pekerjaan secara besar-besaran apabila automasi berkuasa AI meresap ke dalam kehidupan seharian.

PARIS: Sekumpulan pakar dan ketua industri memberi amaran dengan mendesak supaya pemimpin dunia berusaha untuk mengurangkan ‘risiko kepupusan’, kesan daripada teknologi kecerdasan buatan (AI).

Kenyataan itu ditandatangani oleh puluhan pakar, termasuk Sam Altman, pemilik firma OpenAI yang mencipta bot ChatGPT.

Altman berkata, menangani risiko daripada kesan AI perlu menjadi keutamaan dunia sama seperti isu masyarakat seperti wabak dan perang nuklear.

ChatGPT menjadi tumpuan sejak akhir tahun lalu, dengan kemudahan untuk menyediakan esei, puisi dan perbualan dengan pantas serta ringkas sehingga menjurus pelaburan berbilion dolar ke dalam bidang berkenaan.

Namun, pengkritik dan pemain industri memberikan amaran kemudahan itu kemungkinan berisiko menyebabkan kehilangan pekerjaan secara besar-besaran apabila automasi berkuasa AI meresap ke dalam kehidupan seharian.

Kenyataan terbaharu itu menerusi laman web Pusat Keselamatan AI, iaitu badan bukan berasaskan keuntungan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) tidak memberikan butiran mengenai potensi ancaman yang wujud disebabkan AI.

Namun, terdapat beberapa pemain industri perintis termasuk Geoffrey Hinton, yang mencipta teknologi berasaskan sistem AI dan dikenali sebagai bapa industri turut membuat amaran serupa pada masa lalu.

Kebimbangan terbesar mereka kini ialah idea yang dipanggil kecerdasan am buatan (AGI) iaitu konsep yang kurang teratur, apabila mesin mampu melaksanakan fungsi yang luas dan boleh membangunkan pengaturcaraan mereka sendiri.

Kebimbangan yang disuarakan adalah manusia dikhuatiri tidak akan mempunyai kawalan lagi yang mana pakar memberi amaran ia boleh membawa akibat buruk kepada mereka.

Puluhan ahli akademik dan pakar dari syarikat termasuk Google dan Microsoft menandatangani surat terbaharu itu, inisiatif yang dibuat dua bulan selepas jutawan Elon Musk dan yang lain menggesa untuk menghentikan seketika pembangunan teknologi berkenaan sehingga ia dibuktikan selamat.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *