Connect with us

Terkini

Selepas menyahNikotin dari Akta Racun, Malaysia kini dianggap pasaran utama vape serantau

“Saya nak tanya Ahli Kabinet dan Ahli Parlimen Kerajaan, kalau Australia tanpa slogan Australia madani pun boleh haramkan vape, kita tak malu ke dengan slogan Malaysia madani tapi menyahkan nikotin dari senarai racun dan membiarkan vape berleluasa dan generasi akan datang tidak dilindungi dari serakah pemain industri? “

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Selepas menyahNikotin dari Akta Racun, Malaysia kini dianggap pasaran utama vape serantau
Foto: Pakar Perunding Kesihatan Awam IMU, Professor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.
  • Saya nak tanya Ahli Kabinet dan Ahli Parlimen Kerajaan, kalau Australia tanpa slogan Australia madani pun boleh haramkan vape, kita tak malu ke dengan slogan Malaysia madani tapi menyahkan nikotin dari senarai racun dan membiarkan vape berleluasa dan generasi akan datang tidak dilindungi dari serakah pemain industri?“
  • Demikian persoalan ditimbulkan Pakar Perunding Kesihatan Awam IMU, Professor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman susulan satu konvensyen pengilang dan pengedar vape yang dikhabarkan diadakan di sini. 
  • Menurutnya, ramai peserta luar negara menyatakan keputusan kerajaan mengeluarkan racun nikotin dari Akta Racun mendorong mereka datang ke Malaysia yang kini dianggap pasaran vape utama di rantau ini.
  • Beliau meminta kerajaan mengambil kesempatan di atas PRN yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi dengan membetulkan semula ‘dasar songsang’ (racun nikotin) dan membentangkan Rang Undang-Undang Rokok serta GEG dengan kadar segera.

KUALA LUMPUR — “Saya nak tanya Ahli Kabinet dan Ahli Parlimen Kerajaan, kalau Australia tanpa slogan Australia madani pun boleh haramkan vape, kita tak malu ke dengan slogan Malaysia madani tapi menyahkan nikotin dari senarai racun dan membiarkan vape berleluasa dan generasi akan datang tidak dilindungi dari serakah pemain industri? “

Demikian persoalan ditimbulkan Pakar Perunding Kesihatan Awam IMU, Professor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman susulan satu konvensyen pengilang dan pengedar vape yang dikhabarkan diadakan di sini. 

Menurutnya, ramai peserta luar negara menyatakan keputusan kerajaan mengeluarkan racun nikotin dari Akta Racun mendorong mereka datang ke Malaysia yang kini dianggap pasaran vape utama di rantau ini.

“Lihat lah kesan dasar yang saya anggap songsang ini (bila racun nikotin dikeluarkan pada ketika tiada undang-undang wujud untuk mengawalnya dan Akta Rokok masih belum dibentangkan di Parlimen). 

“Apabila saingan sengit, lihatlah nanti kehebatan pasaran dan promosi dan tidak mustahil semudah mendapatkannya di “vending machine” kerana tiada undang-undang yang kawal. Implikasi terhadap kesihatan rakyat Malaysia amat membimbangkan,” katanya dalam hantaran di Facebook (FB) pada Sabtu.

“Slogan Malaysia Madani. Setiap kali tukar pemimpin tukar slogan. Tak apalah. Saya pun tak berapa faham apa maksud madani ni tapi kalau ikut Kamus Dewan madani = maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

“Jadi nak tanya, apakah isu ketagihan rokok bertembakau dan sekarang vape bernikotin selari atau sinonim dengan konsep madani? Apakah membudayakan tabiat yang memburukkan kesihatan itu memajukan pemikiran?

“Apakah merokok dan tabiat menjurus kepada ketagihan yang jumhur ulama’ termasuk Almarhum Dr Yusof Qardhawi menyatakan haram, maju dari segi kerohanian?” katanya.

Dr Lokman Hakim turut menyoal sama ada amalan menghabiskan wang kepada perkara tidak berfaedah dan memudaratkan itu maju dari segi kebendaan.

Beliau sendiri ragu sekiranya individu berfikiran waras dapat mengiyakan ketiga-tiga persoalan diajukan di atas sementara jika individu itu menjawab tidak, maka pengecualian racun nikotin dilihat tidak sinonim dengan konsep Malaysia Madani.

“Jadi kalau TIDAK, bererti mengecualikan racun nikotin TIDAK sinonim dengan konsep Malaysia madani. Tidak membentang dan meluluskan RUU Rokok TIDAK sinonim dengan falsafah Malaysia madani kerana kita membiarkan masalah ini berluasa. 

“Meluluskan RUU TANPA GEG juga TIDAK menghayati dan menjiwai semangat madani kerana kita gagal melindungi generasi akan datang dari perosak ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Lokman Hakim menegaskan pelaksanaan GEG tidak sedikit pun mengganggu-gugat golongan perokok mahupun penghisap vape dan generasi sedia ada.

Sebaliknya, pelaksanaan itu diadakan untuk melindungi generasi akan datang dari ketagihan yang merosakkan melibatkan kedua-dua produk itu.

“Jadi apa yang bantah sangat GEG, tak sayang anak cucu kita ke? Mana drastiknya? Australia, Singapore haramkan vape tu baru drastik, tapi kita tak ikut pun. 

“Dulu kata nak bentang RUU+GEG dalam bulan Mei. Ini Mei dah dua minggu berlalu masih belum dengar apa-apa. Nanti Jun dah mula sibuk nak berkempen, tangguh lagi ke? Sudahnya begitulah, macam dipermain-mainkan saja,” katanya. 

Kajian NHMS 2019 menunjukkan kadar perokok rokok 15 tahun ke atas 20.9 peratus dan e-Cigg/vape 4.9 peratus.

Kadar pengguna vape itu melonjak mendadak ke 14.9 peratus (meningkat 204.1 peratus) dalam tahun 2022. 

“Dengan racun nikotin yang sudah tidak dikawal, akan menyebabkan ketagihan, saya yakin peratusan ini akan meningkat dengan lebih tinggi. Mana logiknya (kerajaan) mengenakan cukai akan mengawal penggunaan vape?,” kata Dr Lokman Hakim. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Lokman Hakim

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *