Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Lelaki ‘Hulk’ mengamuk di Taiwan

Seorang lelaki berusia 28 tahun yang ingin bunuh diri mengamuk dan memecahkan barangan di sebuah kedai di bandar Taoyuan, Taiwan, pada 20 Mei lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Lelaki 'Hulk' mengamuk di Taiwan
Foto: Seorang lelaki 'Hulk' membuat kekecohan besar di sebuah kedai di bandar Taoyuan, Taiwan.
  • Seorang lelaki berusia 28 tahun yang ingin bunuh diri mengamuk dan memecahkan barangan di sebuah kedai di bandar Taoyuan, Taiwan, pada 20 Mei lalu.
  • China Times melaporkan lelaki itu berbadan separuh bogel sambil menjerit umpama watak fiksyen adiwira “Hulk”. 
  • Difahamkan lelaki bernama Zhu itu memasuki kedai tersebut dan menyatakan niat membunuh diri, lalu mula membaling barangan.
  • Dia hilang kawalan dan menyerang dua anggota polis, menyebabkan seorang darinya mengalami konkusi ringan di bahagian otak dan seorang lagi cedera di bahagian muka.

Seorang lelaki berusia 28 tahun yang ingin bunuh diri mengamuk dan memecahkan barangan di sebuah kedai di bandar Taoyuan, Taiwan, pada 20 Mei lalu.

China Times melaporkan lelaki itu berbadan separuh bogel sambil menjerit umpama watak fiksyen adiwira “Hulk”. 

Dia bukan sahaja memecahkan barangan di kedai, malahan mencederakan dua anggota polis yang cuba menenangkannya.

Insiden itu direkodkan dalam sebuah video berdurasi 15 saat yang tular di media sosial kemudiannya.

Advertisement

Dalam video itu, kelihatan lelaki bernama Zhu itu berbadan separuh bogel dan hanya memakai seluar pendek kuning cair. Dia menjatuhkan barangan kedai sambil menjerit.  

Pekerja di kedai itu dan polis dipukul olehnya sehingga anggota polis tidak dapat mendekatinya.

Difahamkan, Zhu memasuki kedai itu dan menyatakan niatnya untuk membunuh diri, lalu mula membaling barangan. Polis tiba di tempat kejadian dalam masa 10 minit selepas menerima laporan. 

Pada mulanya, Zhu hilang kawalan dan menyerang dua anggota polis, menyebabkan seorang darinya mengalami konkusi ringan di bahagian otak dan seorang lagi cedera di bahagian muka. Kedua-duanya dihantar ke hospital untuk rawatan.

Polis berkata Zhu akhirnya berjaya dikawal dengan menggunakan air cili dan dihantar ke hospital untuk rawatan. 

Difahamkan, Zhu tidak meminum alkohol dan akan disiasat atas tuduhan kerosakan, kecederaan dan menghalang tugas pihak berkuasa.

Advertisement

Sumber: China Times

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending