Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi kecam lawatan menteri Israel ke pekarangan Masjid Al-Aqsa

Kementerian Luar Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya lawatan seorang pegawai Israel ke pekarangan Masjid Al-Aqsa pada Ahad.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi kecam lawatan menteri Israel ke pekarangan Masjid Al-Aqsa
Foto: Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir.
  • Kementerian Luar Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya lawatan seorang pegawai Israel ke pekarangan masjid Al-Aqsa pada Ahad.
  • Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata tindakan sedemikian adalah “pelanggaran terang-terangan semua norma dan perjanjian antarabangsa” serta provokasi kepada sentimen umat Islam seluruh dunia.
  • Ia merupakan tindakan kontroversi oleh ahli politik ekstrem kanan itu di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di Baitulmaqdis timur.

Kementerian Luar Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya lawatan seorang pegawai Israel ke pekarangan Masjid Al-Aqsa pada Ahad.

Menurut laporan Al Arabiya News, kementerian itu dalam satu kenyataan berkata tindakan sedemikian adalah “pelanggaran terang-terangan semua norma dan perjanjian antarabangsa” serta provokasi kepada sentimen umat Islam seluruh dunia.

“Kementerian menganggap tentera pendudukan Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas kesan daripada penerusan pelanggaran ini,” kata kenyataan itu.

Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir melawat pekarangan Masjid Al-Aqsa pada hari Ahad.

Ia merupakan tindakan kontroversi oleh ahli politik ekstrem kanan itu di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di Baitulmaqdis timur.

Tindakan itu dibuat tiga hari selepas Itamar dan puluhan ribu nasionalis Yahudi berarak melalui kota lama dan hanya lebih seminggu dalam gencatan senjata Gaza yang rapuh.

Masjid Al-Aqsa adalah tapak ketiga paling suci dalam Islam dan ditadbir Jordan. 

Orang bukan Islam dibenarkan melawat tapak tersebut, namun tidak dibenarkan untuk solat di sana.

Kompleks itu juga merupakan tapak paling suci bagi orang Yahudi di mana menjadi tempat mereka berdoa di bawahnya di Tembok Barat.

Sumber: Al Arabiya News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *