Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Pelampau Hindutva mahu berzina dengan gadis Muslim untuk dapat ‘pahala’

Pelampau Hindutva berbincang mengenai wanita Muslim secara seksual di Twiter.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

(VIDEO) Pelampau Hindutva mahu berzina dengan gadis Muslim untuk dapat 'pahala'
Foto: Gambar sekadar hiasan.

Pelampau Hindutva berbincang mengenai wanita Muslim secara seksual di Twiter.

Menerusi video tangkap layar perbincangan yang berlangsung menerusi ruangan Space yang disertai individu dari kalangan lelaki dan wanita itu. 

“Saya ingin memberitahu yang jika kita melakukan seks dengan gadis Muslim, dosa kita akan diampunkan,” kata seorang individu.

Seorang lagi individu didengari berkata yang jika seorang Hindu berhubungan seks dengan gadis Muslim yang masih dara, pahalanya sama banyak dengan pahala membina tujuh kuil.

Kata-kata itu kemudian disambut oleh seorang lagi yang berkata, “saya mahu cuba (seks dengan gadis Muslim) dan meraih pahala juga, adakah mana-mana gadis Muslim yang sudi?”.

Kedengaran juga yang berkata, “saya mahu perbetulkan anda, kalau kita selaku Hindu melakukan seks dengan gadis Muslim, maka pahalanya sama dengan meruntuhkan masjid Babri mereka”.

Susulan itu, seorang individu lain tampil bersuara mempersoalkan mengapa perbincangan di ruangan itu telah lari dari fokus perbincangan utama.

“Mengapa kita keluar dari topik? Perbincangan kita sepatutnya mengenai faraj (gadis Muslim) yang masih dara, itu keutamaan kita”.

Dalam pada itu, mereka turut mempersendakan agama Islam serta penganutnya.

“Dengar sini, setiap gadis Muslim akhirnya beragama Hindu.

“Gadis Islam akan melakukan “ghwarwapsi” (upacara tukar agama) apabila orang Hindu berkahwin dengan gadis Islam maka kita akan menukar mereka kepada Hinduisme,” kata salah seorang dari mereka.

 Kata-kata itu kemudian disambut dengan gelak tawa dari kesemua yang menyertai ruangan perbincangan tersebut.

“Tidak wujud orang Islam pada 2000 tahun lalu, mereka semua menukar agama,” tambah salah seorang dari mereka.

Video itu dimuat naik di laman Instagram @doamuslims semalam dan kini telah menerima lebih 139,000 tontonan.

Sumber: Instagram @doamuslims

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *