Antarabangsa
Pekerja Islam di Perancis memilih juadah puasa dihantar ke pintu rumah
Bekerja dan berpuasa pada bulan Ramadan yang mulia bukanlah mudah bagi umat Islam Perancis.
- Seorang wanita Perancis yang berasal dari Mesir, Reem, yang bekerja sebagai pembantu kedai di Paris, memberitahu “puasa menjadi ujian ketahanan” sejak dia mula bekerja.
- Ini kerana Perancis adalah sebuah negara sekular di mana terdapat sedikit peruntukan khas untuk pekerja berpuasa, dan salah satu kesannya adalah kekurangan masa untuk dia menyediakan juadah berbuka puasa pada saat dia pulang ke rumah dari kerja.
- Seperti kebanyakan Muslim Perancis lain yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa, Reem mendapati dirinya bergantung pada perkhidmatan penghantaran makanan untuk berbuka puasa.
PARIS: Bekerja dan berpuasa pada bulan Ramadan yang mulia bukanlah mudah bagi umat Islam Perancis.
Memetik laporan Arab News, seorang wanita Perancis yang berasal dari Mesir, Reem, yang bekerja sebagai pembantu kedai di Paris, memberitahu “puasa menjadi ujian ketahanan” sejak dia mula bekerja.
Ini kerana Perancis adalah sebuah negara sekular di mana terdapat sedikit peruntukan khas untuk pekerja berpuasa dan salah satu kesannya adalah kekurangan masa untuk dia menyediakan juadah berbuka puasa pada saat dia pulang ke rumah dari kerja.
Seperti kebanyakan Muslim Perancis lain yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa, Reem mendapati dirinya bergantung pada perkhidmatan penghantaran makanan untuk berbuka puasa.
Seorang warga Perancis yang berasal dari Maghribi, Madjid, yang merupakan seorang guru sekolah menengah, pula berkata “memesan iftar dalam talian membolehkan dia merasai masakan yang berbeza, seperti Lubnan, Maghribi, Indonesia, Timur Tengah, India dan lain-lain”.
Kemudahan untuk memesan berbuka puasa dalam talian setiap hari bergantung pada kos di antara €17 (RM82.57) dan €45 (RM218.60) setiap orang atau lebih.
Oleh itu, ia adalah keistimewaan yang tidak dapat dicapai ramai individu yang hidup dengan pendapatan sederhana atau orang yang mempunyai keluarga besar.
Sumber: Arab News