Terkini
MAIWP taja pelajar IPTA kurang mampu balik beraya di kampung
Prihatin terhadap nasib pelajar yang kurang berkemampuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melaksanakan program Rahmah Ramadan MAIWP ‘Jom Balik Raya’ pada tahun ini.
- Prihatin terhadap nasib pelajar yang kurang berkemampuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melaksanakan program Rahmah Ramadan MAIWP ‘Jom Balik Raya’ pada tahun ini.
- Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, ia adalah julung kali dianjurkan untuk pelajar universiti pulang ke kampung bagi meraikan sambutan hari raya bersama keluarga mereka.
- “Empat buah universiti yang bekerjasama baik dengan MAIWP untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang paling mendesak untuk dibantu meringankan bebanan balik ke kampung sempena hari yang mulia di awal Syawal.
- “Dalam program ini, MAIWP telah menyediakan sebanyak 45 buah bas ke arah utara, selatan dan Pantai Timur yang mana Universiti Malaysia melibatkan 15 buah bas dengan jumlah 500 pelajar,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan program Rahmah Ramadan MAIWP ‘Jom Balik Raya’ di Universiti Malaya malam tadi.
KUALA LUMPUR – Prihatin terhadap nasib pelajar yang kurang berkemampuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melaksanakan program Rahmah Ramadan MAIWP ‘Jom Balik Raya’ pada tahun ini.
Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, ia adalah julung kali dianjurkan untuk pelajar universiti pulang ke kampung bagi meraikan sambutan hari raya bersama keluarga mereka.
Katanya, program itu dilaksanakan dengan kerjasama empat buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sekitar Lembah Klang dengan melibatkan seramai 1,576 pelajar yang terpilih.
“Empat buah universiti yang bekerjasama baik dengan MAIWP untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang paling mendesak untuk dibantu meringankan bebanan balik ke kampung sempena hari yang mulia di awal Syawal.
“Ini adalah kali pertama dalam sejarah MAIWP memperuntukkan sebanyak RM440,000 untuk menampung perbelanjaan bas pergi dan balik. Kita juga beri sedikit duit raya iaitu RM160 kepada setiap pelajar yang terpilih
“Dalam program ini, MAIWP telah menyediakan sebanyak 45 buah bas ke arah utara, selatan dan Pantai Timur yang mana Universiti Malaysia melibatkan 15 buah bas dengan jumlah 500 pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan program Rahmah Ramadan MAIWP ‘Jom Balik Raya’ di Universiti Malaya malam tadi.
Ia melibatkan sembilan bas dan satu van bagi 276 pelajar Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur; Universiti Kebangsaan Malaysia (sembilan bas, 320 pelajar) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (12 buah bas, 480 pelajar).
Tambah Mohd Daud, penajaan program itu mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pihak universiti dan merancang pada masa akan datang untuk membantu pelajar di Lembah Klang pulang ke Sabah dan Sarawak.
“Kami agak teruja dengan reaksi yang baik dan saya juga berbincang dgn rakan strategik untuk mendapatkan respon yg baik. Ramai lagi mengharapkan mereka dibantu terutama pelajar yang pulang ke Sabah dan Sarawak.
“Kita pun terlepas pandang kali ini, insya-Allah kita cuba baiki kelemahan kita, tahun hadapan kita akan fokus kepada yang jauh daripada kita dengan menyeberangi Laut China Selatan.
“Insya-Allah kita akan melihat bagaimana ia dijadikan sebagai program tahunan, ada bajet khas setiap tahun yang tidak perlu diminta, atau peruntukkan yang mungkin kita akan naikkan kepada RM1 juta setahun paling kurang,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menambah MAIWP bakal melancarkan bantuan sewa rumah kepada pelajar asnaf yang menyambung pengajian mereka di Lembah Klang.
Katanya, golongan bujang juga perlu dibantu selain daripada mereka yang berkeluarga kerana kebanyakannya yang datang luar dari di Lembah Klang tidak berkemampuan untuk membayar sewa rumah yang semakin mahal.
“Kita telah menghubungi dengan bahagian hal ehwal pelajar dan minta mereka berikan data pelajar yang memerlukan sedikit bantuan untuk mereka dapatkan sewa rumah sebab mereka pun asnaf.
“Kita bantu keluarga yang asnaf dan pelajar yang asnaf. Tiada beza, ahli keluarga dengan bujang. Mereka juga perlukan tempat tinggal, tempat belajar, tidur dengan selesa dan sebagainya.
“Insya-Allah kita akan lancarkan dalam sebulan dua lagi, konsep membayar kos sewa rumah dalam kampus dan luar kampus,” jelasnya.
Mengenai jumlah peruntukkan agihan dana zakat pada tahun ini, Mohd Daud berkata, MAIWP sudah mengagihkan lebih RM76 juta kepada asnaf menerusi pelbagai program dan inisiatif sepanjang Ramadan.
Katanya, agihan dana zakat pada tahun ini adalah paling terbesar dalam sejarah berbanding tahun sebelumnya hanya RM35,767,800.
“Ia menjadi paling besar dalam sejarah kerana faktor ekonomi semakin teruk di Malaysia, inflasi agak luar biasa dan kebetulan buka sekolah pada bulan Mac, agak malang sedikit.
“Hari raya berlaku di permulaan cuti sekolah, itu faktor yang kami rasa menekan masyarakat dengan nak membeli baju sekolah dan dalam masa beli baju raya.
“Jadi kebetulan tahun ini, MAIWP merasakan kita perlu sumbang lebih kerana keadaan yang memerlukan untuk mereka yang terkesan,” katanya. – MalaysiaGazette
Sumber: MalaysiaGazette
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord