Connect with us

Antarabangsa

Larang wanita bekerja : Taliban tidak mahu campur tangan luar terhadap urusan dalaman Afghanistan

Afghanistan yang berhadapan kritikan global kerana melarang pendidikan untuk pelajar perempuan selain melarang wanita daripada bekerja, tidak mahu ada campur tangan dalam urusan dalaman negara itu, kata pemimpin agung Taliban, lapor Agensi Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

Larang wanita bekerja : Taliban tidak mahu campur tangan luar terhadap urusan dalaman Afghanistan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Afghanistan yang berhadapan kritikan global kerana melarang pendidikan untuk pelajar perempuan selain melarang wanita daripada bekerja, tidak mahu ada campur tangan dalam urusan dalaman negara itu, kata pemimpin agung Taliban, lapor Agensi Anadolu.
  • Dalam perutusan tahunan tradisinya sempena Aidilfitri, Mawlawi Hibatullah Akhundzada berkata negaranya mahu hubungan yang positif dengan jirannya, negara Islam lain, dan dunia, namun tidak ada negara yang boleh campur tangan dalam isu dalaman negara itu.
  • Beliau sebaliknya berkata pentadbiran Taliban telah memperkenal pembaharuan yang ketara dalam budaya, pendidikan, ekonomi, media dan bidang lain, manakala “kesan buruk daripada segi intelek dan moral daripada pendudukan 20 tahun akan berakhir.”
  • “Penduduk wajar menganggap langkah-langkah pembaharuan ini penting kerana hidup dalam cahaya prinsip Syariah akan membawa kepada kesejahteraan dunia dan akhirat serta kebahagiaan abadi, kejayaan, dan keselamatan masyarakat,” kata pemimpin Taliban itu.

ISLAMABAD: Afghanistan yang berhadapan kritikan global kerana melarang pendidikan untuk pelajar perempuan selain melarang wanita daripada bekerja, tidak mahu ada campur tangan dalam urusan dalaman negara itu, kata pemimpin agung Taliban, lapor Agensi Anadolu.

Dalam perutusan tahunan tradisinya sempena Aidilfitri, Mawlawi Hibatullah Akhundzada berkata negaranya mahu hubungan yang positif dengan jirannya, negara Islam lain, dan dunia, namun tidak ada negara yang boleh campur tangan dalam isu dalaman negara itu.

Pemimpin tertinggi itu mengelak daripada bertindak balas secara langsung kepada reaksi dunia berhubung larangan pendidikan untuk pelajar perempuan serta larangan terhadap wanita untuk bekerja dalam organisasi global baru-baru ini.

Beliau sebaliknya berkata pentadbiran Taliban telah memperkenal pembaharuan yang ketara dalam budaya, pendidikan, ekonomi, media dan bidang lain, manakala “kesan buruk daripada segi intelek dan moral daripada pendudukan 20 tahun akan berakhir.”

“Penduduk wajar menganggap langkah-langkah pembaharuan ini penting kerana hidup dalam cahaya prinsip Syariah akan membawa kepada kesejahteraan dunia dan akhirat serta kebahagiaan abadi, kejayaan, dan keselamatan masyarakat,” kata pemimpin Taliban itu.

Taliban baru-baru ini melarang wanita bekerja dalam organisasi global dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan tindakan itu menyalahi undang-undang, namun Taliban berkata ia merupakan isu dalaman negara mereka.

Pada 11 April, PBB berkata ia mungkin terpaksa membuat “pilihan yang sukar” mengenai kehadirannya di Afghanistan selepas Taliban melarang wanita bekerja untuk organisasi itu.

Advertisement

Sumber: Astro Awani 

Author

Antarabangsa

Penyakit usus merebak dalam kalangan tentera zionis Israel

Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
  • Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
  • Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
  • Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

GAZA – Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.

Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.

Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan yang mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Assuta di Ashdod, Dr Tal Brosh menjelaskan situasi luar jangka dihadapi tentera-tentera rejim zionis itu.

“Cirit-birit merebak di kawasan-kawasan perkumpulan tentera di selatan dan kemudiannya (merebak) sesama tentera yang berperang di Gaza.

“Jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disenteri telah didiagnos dan ia merupakan penyakit yang sangat serius. 

Advertisement

“Penyakit itu juga merebak dalam kalangan tentera di Gaza, dan jangkitan bakteria Shigella  boleh terjadi melalui hubungan langsung sesama individu (direct contact) atau melalui makanan,” katanya dipetik Jordan News.

Sumber: Jordan News

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending