Connect with us

Terkini

Isu Sulu: Malaysia kekal pendirian tiada sebarang perjanjian timbang tara

Mahkamah Rayuan Hague pada Selasa mendengar permohonan pihak yang didakwa waris Sulu bagi mengiktiraf dan melaksanakan pembayaran pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Kerajaan Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Isu Sulu: Malaysia kekal pendirian tiada sebarang perjanjian timbang tara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Rayuan Hague pada Selasa mendengar permohonan pihak yang didakwa waris Sulu bagi mengiktiraf dan melaksanakan pembayaran pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Kerajaan Malaysia.
  • Menerusi prosiding itu, Malaysia mengemukakan pembelaannya bahawa keputusan akhir Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis, untuk Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) adalah terbatal dan tidak sah, manakala permohonan penuntut tidak boleh diterima dan perlu dinafikan dalam apa juga keadaan.
  • Kenyataan dikeluarkan Sekretariat Sulu bagi pihak kerajaan itu memaklumkan, Malaysia mengekalkan pendiriannya bahawa tiada sebarang perjanjian timbang tara untuk dijadikan asas bagi sebarang timbang tara.
  • “Malah permulaan timbang tara komersial adalah ‘tidak jujur dan secara terang-terangan menyalahgunakan proses timbang tara komersial antarabangsa,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Hague pada Selasa mendengar permohonan pihak yang didakwa waris Sulu bagi mengiktiraf dan melaksanakan pembayaran pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Kerajaan Malaysia.

Menerusi prosiding itu, Malaysia mengemukakan pembelaannya bahawa keputusan akhir Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis, untuk Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) adalah terbatal dan tidak sah, manakala permohonan penuntut tidak boleh diterima dan perlu dinafikan dalam apa juga keadaan.

Kenyataan dikeluarkan Sekretariat Sulu bagi pihak kerajaan itu memaklumkan, Malaysia mengekalkan pendiriannya bahawa tiada sebarang perjanjian timbang tara untuk dijadikan asas bagi sebarang timbang tara.

“Malah permulaan timbang tara komersial adalah ‘tidak jujur dan secara terang-terangan menyalahgunakan proses timbang tara komersial antarabangsa,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

Sebelum ini, waris Sultan Sulu memfailkan permohonan di mahkamah Belanda untuk kebenaran bagi merampas aset Malaysia di negara itu, kata peguam mereka menerusi permohonan timbang tara bernilai AS$15 bilion (RM69.5 bilion) yang dianugerahkan kepada mereka terhadap Kerajaan Malaysia.

Petisyen di Mahkamah Rayuan The Hague itu mencetuskan kembali pertikaian yang sudah lama berlarutan mengenai perjanjian tanah era penjajah, yang mengancam aset global dimiliki Kerajaan Malaysia dan syarikat milik kerajaan.

Tambah kenyataan itu, Malaysia komited menjaga kedaulatannya dan menegakkan kesucian proses timbang tara komersial antarabangsa itu dengan mendedahkan bahawa terdapat percubaan remeh pihak yang menuntut bagi menguatkuasakan anugerah berkenaan yang sudah terbatal dan tidak sah.

“Ini percubaan untuk memegang dan menebus negara berdaulat serta wujudnya anugerah itu secara berterusan bagi mencemarkan reputasi sistem timbang tara yang dihormati di peringkat global.

“Malaysia mengecam percubaan ini untuk memutarbelitkan kedaulatan undang-undang dan tidak mengiktiraf dakwaan kesahihan anugerah timbang tara yang dikatakan dan sedang membuat litigasi di seluruh Eropah bagi memastikan penipuan ini didedahkan dan anugerah itu dibatalkan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *