Connect with us

Terkini

Tutup kantin sekolah, bawa bekal sendiri didik murid bukan Islam jauhi Islamofobia

Penutupan kantin sekolah sepanjang bulan Ramadan dapat membantu murid-murid bukan beragama Islam menjauhi ancaman Islamofobia dalam negara ini.

Rasyidah Zulkifli

Published

on

Tutup kantin sekolah, bawa bekal sendiri didik murid bukan Islam jauhi Islamofobia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penutupan kantin sekolah sepanjang bulan Ramadan dapat membantu murid-murid bukan Islam mencegah ancaman Islamofobia dalam negara ini.
  • Zaman dahulu murid-murid yang tidak berpuasa akan membawa bekal sendiri untuk makan pada waktu rehat.
  • Murid-murid yang mampu berpuasa dengan baik pula tidak akan membawa bekal makanan ke sekolah.
  • “Kantin tidak dibuka. Kesan positifnya.. mereka terdidik dengan suasana.. mengajar mereka puasa itu PENTING,” – Pendakwah bebas, Ustaz Aireroshairi Roslan, 
  • Murid-murid bukan beragama Islam pula akan terdidik untuk menghormati Islam, mendedahkan mereka kepada cara hidup Islam.

KUALA LUMPUR – Penutupan kantin sekolah sepanjang bulan Ramadan dapat membantu murid-murid bukan beragama Islam menjauhi ancaman Islamofobia dalam negara ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ustaz Aireroshairi Roslan, 41, berkata pada zaman dahulu murid-murid yang tidak berpuasa akan membawa bekal sendiri untuk makan pada waktu rehat.

“Ibu bapa ambil tanggungjawab masing-masing untuk makan anak-anak yang belum mampu puasa.

“Kantin tidak dibuka. Kesan positifnya kepada murid-murid adalah mereka terdidik dengan suasana yang mengajar mereka puasa itu PENTING. 

“Bagi kanak-kanak non-Muslim pula, mereka terdidik untuk menghormati Islam, mendedahkan mereka kepada cara hidup Islam dan memberi kesan kepada mereka untuk membuang jauh ISLAMOFOBIA dari diri mereka,” katanya dalam satu hantaran Facebook pagi tadi.

Beliau berpendapat bahawa suasana memainkan peranan penting dalam mendidik murid-murid di sekolah.

“Saya berpandangan, tiada keperluan untuk membuka kantin sekolah ketika puasa di sekolah majoriti Muslim,” katanya.

Menurutnya, murid-murid perlu didedahkan dengan amalan berpuasa dalam bulan Ramadan sejak dari kecil lagi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini menyarankan pengusaha kantin untuk terus beroperasi sepanjang bulan puasa walaupun bilangan murid bukan Islam kurang dari 10 peratus untuk menyantuni mereka.

Fadhlina berkata tidak ada masalah meneruskan pengoperasian kantin pada bulan Ramadan kerana mereka masih kecil dan memandangkan Malaysia sekarang berada di bawah pemerintahan Kerajaan Madani. 

Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa bagaimanapun berkata tidak wajar semua kantin sekolah dibuka sekiranya murid-murid bukan beragama Islam kurang dari 10 peratus.– The Merdeka Times

Sumber: Facebook Ustaz Aire Roslan – UAR

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending