Connect with us

Terkini

Tidak lanjut cukai SSPN, jejaskan tabungan pendidikan anak-anak M40 – GPMS

Tindakan kerajaan tidak melanjutkan insentif cukai ke atas Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) disifatkan sebagai keputusan ke belakang dan dikhuatiri memberi kesan kepada ibu bapa, khususnya dalam kelompok M40 untuk terus mencarum.

Wartawan TMT

Published

on

Tidak lanjut cukai SSPN, jejaskan tabungan pendidikan anak-anak M40 - GPMS
Foto: Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Muhd Fazreen Ismadi Fauzi.
  • Kerajaan sepatutnya kekalkan pelepasan cukai individu bagi pencarum SSPN sebagai galakan ibu bapa muda terutama M40 untuk menyimpan bagi tujuan pendidikan anak mereka seawal usia satu hari. – Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Muhd Fazreen Ismadi Fauzi
  • Katanya, ini kerana hakikatnya tidak ramai ibu bapa boleh sediakan dana pendidikan tinggi terhadap anak-anak mereka untuk melanjutkan pengajian.
  • “Inisiatif pelepasan cukai bagi pencarum SSPN sekurang-kurangnya akan terus menggalakkan pencarum untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak-anak.”
  • “Tambahan pula kos pengajian tinggi dan terus meningkat setiap tahun dan persediaan awal seperti menabung SSPN sedikit sebanyak akan membantu anak-anak ini ketika menyambung pelajaran kelak,” katanya.

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan tidak melanjutkan insentif cukai ke atas Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) disifatkan sebagai keputusan ke belakang dan dikhuatiri memberi kesan kepada ibu bapa, khususnya dalam kelompok M40 untuk terus mencarum.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Muhd Fazreen Ismadi Fauzi, berkata kerajaan sepatutnya mengekalkan pelepasan cukai individu bagi pencarum SSPN sebagai galakan ibu bapa muda terutama M40 untuk menyimpan bagi tujuan pendidikan anak mereka seawal usia satu hari.

Katanya, ini kerana hakikatnya tidak ramai ibu bapa boleh menyediakan dana pendidikan tinggi terhadap anak-anak mereka untuk melanjutkan pengajian.

“Oleh yang demikian, inisiatif pelepasan cukai bagi pencarum SSPN sekurang-kurangnya akan terus menggalakkan pencarum untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak-anak.

“Tambahan pula kos pengajian tinggi dan terus meningkat setiap tahun dan persediaan awal seperti menabung SSPN sedikit sebanyak akan membantu anak-anak ini ketika menyambung pelajaran kelak,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas laporan BH semalam, mulai Tahun Taksiran 2023, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntuk pelepasan cukai individu sehingga RM8,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, dilaporkan berkata perkara itu selaras keputusan kerajaan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN susulan pelbagai alasan.

“Kerajaan sebelum ini memang beri potongan cukai kepada pencarum SSPN sebagai galakan, terutama ibu bapa untuk mencarum bagi pendidikan anak mereka dan kemudahan ini disambung beberapa kali hingga 2022.

Mengulas lanjut, Muhd Fazreen berkata, golongan M40 adalah golongan terbesar yang berhadapan dengan implikasi pencukaian.

Justeru, GPMS berharap inisiatif mencarum SSPN bagi tujuan pendidikan anak-anak disambut baik oleh kerajaan dengan mengekalkan pelepasan terhadap pencarum SSPN.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, berkata tiada lagi pelepasan cukai untuk caruman SSPN adalah satu tindakan tidak patut dan tidak sesuai dilaksanakan pada ketika ini.

Katanya, walaupun terdapat pemotongan cukai tambahan seperti diumumkan di dalam Bajet yang lepas, seperti pemotongan cukai tambahan bagi B40 dan M40 sebanyak dua peratus, tetapi SSPN adalah satu caruman penting untuk pendidikan anak.

“Pemotongan cukai bagi pencarum SSPN penting bagi memupuk semangat untuk menabung bagi pendidikan anak-anak.

“Jadi ia tidak patut dimansuhkan secara keseluruhan pelepasan cukai untuk pencarum SSPN yang sebenarnya cuba membantu rakyat.

“Malah saya berharap pemotongan cukai untuk pencarum SSPN wajib dipertimbangkan semula,” katanya.

Beliau turut mencadangkan, dengan mengambil kira tambahan pemotongan cukai lain seperti mana yang diumumkan dalam Bajet 2023, kerajaan boleh melihat menurunkan pemotongan cukai dari RM8,000 kepada RM4,000.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending