Antarabangsa
Tennessee lulus rang undang-undang larang prosedur tukar jantina kanak-kanak
Badan Perundangan Tennessee pada Khamis lalu memberikan kelulusan akhir kepada undang-undang melarang prosedur pertukaran jantina untuk kanak-kanak.

- Khamis lalu, Badan Perundangan Tennessee memberikan kelulusan akhir kepada undang-undang yang melarang prosedur pertukaran jantina untuk kanak-kanak.
- Rang undang-undang itu akan dimajukan kepada Gabenor Republikan, Bill Lee untuk diwartakan menjadi undang-undang.
- Sejurus RUU ditandatangani, rang undang-undang itu akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2023 di negeri terbabit.
Badan Perundangan Tennessee pada Khamis lalu memberikan kelulusan akhir kepada undang-undang melarang prosedur pertukaran jantina untuk kanak-kanak.
Rang undang-undang (RUU) itu akan dimajukan kepada Gabenor Republikan, Bill Lee untuk diwartakan sebagai undang-undang.
Memetik laporan Catholic News Agency, rang undang-undang itu ditaja pemimpin majoriti Sen. Jack Johnson dan Rep. William Lamberth.
Sejurus ditandatangani, rang undang-undang itu akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2023 dan melarang pembedahan menukar jantina, penggunaan penyekat akil baligh dan terapi hormon ke atas kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.
Undang-undang itu membenarkan peguam negara untuk menyiasat doktor serta pembekal dan mengenakan penalti $25,000 (RM 111,950) ke atas mereka yang ingkar.
Selain itu, ia turut membenarkan ibu bapa yang tidak bersetuju dengan prosedur dan anak-anak mereka untuk menyaman penyedia perkhidmatan jika terdapat kecederaan atau kematian akibat rawatan perubahan jantina yang mereka terima.
Ibu bapa yang bersetuju dengan prosedur itu juga boleh disaman anak mereka kerana kecederaan yang dialami akibat rawatan tersebut.
“Kanak-kanak tidak memerlukan prosedur perubatan ini untuk dapat berkembang sebagai orang dewasa,” kata Lamberth.
“Mereka memerlukan rawatan kesihatan mental. Mereka memerlukan kasih sayang dan sokongan, dan ramai daripada mereka perlu dapat membesar untuk menjadi individu yang mereka inginkan”.
Bagaimanapun, terdapat pengecualian terhadap penyedia khidmat yang memulakan prosedur itu sebelum 1 Julai 2023 untuk meneruskannya sehingga 31 Mac 2024.
Terdahulu, Ahli Parlimen Florida dilaporkan bakal memfailkan rang undang-undang yang sama.
Ia berlaku selepas Lembaga Perubatan Florida mengemukakan perubahan peraturan yang melarang penggunaan ubat-ubatan dan pembedahan bagi transgender bawah umur.
Sumber: Catholic News Agency
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas