Connect with us

Antarabangsa

PBB usaha hentikan Islamofobia

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres menyatakan wanita Islam mengalami diskriminasi tiga kali ganda lebih teruk kerana jantina, kepercayaan dan etnik mereka. 

Wartawan TMT

Published

on

PBB usaha hentikan Islamofobia
Foto: Setiausaha Agung PBB, António Guterres.
  • Menurut Setiausaha Agung PBB, Antonio Guturres, wanita Islam mengalami diskriminasi tiga kali ganda lebih teruk kerana jantina, kepercayaan dan etnik mereka. 
  • Antara langkah yang ditekankan PBB dalam usaha menghentikan Islamofobia termasuk Pelan Tindakan untuk Melindungi Tapak Keagamaan.
  • PBB juga menggesa usaha meningkatkan pelaburan politik, budaya dan ekonomi dalam perpaduan sosial.
  • “Kita terpaksa menghadapi ketaksuban di mana-mana dan bila-bila masa. Ini termasuk berusaha untuk menangani kebencian yang merebak”. — Setiausaha Agung PBB, António Guterres 

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres menyatakan wanita Islam mengalami diskriminasi tiga kali ganda lebih teruk kerana jantina, kepercayaan dan etnik mereka. 

Beliau berkata demikian dalam perutusannya untuk memperingati Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia pada 15 Mac. 

Antara langkah-langkah yang ditekankan PBB dalam usaha menghentikan Islamofobia termasuk Pelan Tindakan untuk Melindungi Tapak Keagamaan.

Pihaknya juga menggesa untuk meningkatkan pelaburan politik, budaya dan ekonomi dalam perpaduan sosial.

“Ia adalah bahagian yang tidak dapat dielakkan daripada kebangkitan semula etno-nasionalisme, ideologi ketuanan kulit putih neo-Nazi dan keganasan yang menyasarkan populasi yang terdedah, termasuk orang Islam, Yahudi dan beberapa komuniti Kristian minoriti.

“Kita terpaksa menghadapi ketaksuban di mana-mana dan bila-bila masa. Ini termasuk berusaha untuk menangani kebencian yang merebak,” katanya dipetik The Guardian.

Beliau juga menyatakan kerjasama PBB dengan kerajaan, syarikat teknologi dan media untuk membina benteng dan menguat kuasakannya.

Sumber: The Guardian

Author

Antarabangsa

AS abai iktiraf kekejaman Israel di Gaza supaya boleh terus hantar senjata

Amerika Syarikat (AS) berkata ia tidak menetapkan sama ada Israel telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa walaupun setelah hampir enam bulan berlangsungnya peperangan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Democracy For The Arab World Now, Sarah Leah Whitson.
  • Amerika Syarikat (AS) berkata ia tidak menetapkan sama ada Israel telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa walaupun setelah hampir enam bulan berlangsungnya peperangan.
  • Israel membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin di Gaza dan menyebabkan lebih 80 peratus penduduknya kehilangan tempat tinggal.
  • Ini termasuk pemusnahan sebahagian besar wilayah konflik itu dengan sekatan menyesakkan yang mendorong Gaza memasuki ambang kebuluran.
  • Dakwaan Washington yang diumumkan minggu ini adalah sebahagian proses pengawasan pemindahan senjata kepada sekutunya mencetuskan kekeliruan dan kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia.
  • “Ia mengundang ejekan dan hinaan satu dunia untuk mendengar kenyataan sedemikian dikeluarkan di hadapan dunia oleh pentadbiran Biden,” kata Pengarah Democracy For The Arab World Now, Sarah Leah Whitson dipetik Al Jazeera pada Rabu.

Amerika Syarikat (AS) berkata ia tidak menetapkan sama ada Israel telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa walaupun setelah hampir enam bulan berlangsungnya peperangan.

Israel membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin di Gaza dan menyebabkan lebih 80 peratus penduduknya kehilangan tempat tinggal.

Ini termasuk pemusnahan sebahagian besar wilayah konflik itu dengan sekatan menyesakkan yang mendorong Gaza memasuki ambang kebuluran.

Dakwaan Washington yang diumumkan minggu ini adalah sebahagian proses pengawasan pemindahan senjata kepada sekutunya mencetuskan kekeliruan dan kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia.

Pengarah Democracy For The Arab World Now, Sarah Leah Whitson berkata, “ia tidak masuk akal”.

“Ia mengundang ejekan dan hinaan satu dunia untuk mendengar kenyataan sedemikian dikeluarkan di hadapan dunia oleh pentadbiran Biden,” kata Whitson dipetik Al Jazeera pada Rabu.

Undang-undang AS melarang pemberian senjata kepada negara yang terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia.

Kumpulan advokasi memberitahu pentadbiran Presiden Joe Biden mengubah fakta dan menafikan pencabulan-pencabulan Israel yang telah didokumentasikan dengan baik supaya ia dilihat mematuhi peraturan.

Whitson memaklumkan Biden sendiri menyifatkan pengeboman Israel ke atas Gaza sebagai “secara sembarangan” yang menetapkannya sebagai jenayah perang dan Washington secara terbuka mengaku Israel penghalang bahan bantuan memasuki wilayah konflik itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending